Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Orang Ramai Pilih Terus Pakai Pelitup Muka Walaupun Tidak Lagi Diwajibkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 9:22AM

Tabiat memakai pelitup muka masih diteruskan selepas kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan serta kawasan dan ruang tertutup - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebanyakan masyarakat di ibu kota lebih gemar mengambil pendekatan berhati-hati dengan terus memakai pelitup muka walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kelonggaran penggunaannya baru-baru ini.

Selepas meninjau beberapa kawasan sesak, The Vibes mendapati kebanyakan orang ramai masih memakai pelitup muka terutama di kawasan seperti KL Sentral, Nu Sentral dan KLCC.

Tabiat itu masih diteruskan selepas kerajaan pada kelmarin tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dan memandangkan ia akan mempercepatkan peralihan negara ke fasa endemik.

Kebanyakan orang ramai masih memakai pelitup muka di beberapa kawasan di ibu kota - Gambar oleh Syeda Imran
Kebanyakan orang ramai masih memakai pelitup muka di beberapa kawasan di ibu kota - Gambar oleh Syeda Imran

Pegawai pentadbiran Pham Chee Wan, antara mereka yang memakai pelitup muka berkata, ia adalah sebahagian daripada ‘norma baharu’, yang telah bertukar menjadi tabiat baginya sejak dua tahun lalu akibat wabak COVID-19.

“Setiap kali kami keluar, kami pasti akan memakai pelitup muka sebaik kami melangkah keluar dari kereta. Jadi, saya sudah terbiasa dengannya. Dan ini membuatkan saya berasa lebih selamat,” katanya.

P. Nair, yang berusia dalam lingkungan 20-an berkata, dia memilih untuk terus memakai pelitup muka bagi mengelak dijangkiti virus itu kerana bimbang dengan ahli keluarganya yang menghidap masalah imuniti.

"Saya tidak pernah dijangkiti COVID-19, jadi saya mahu terus memakainya," kata Nair, yang bekerja dalam bidang pengiklanan.

Bagi seorang pelajar berusia 18 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, memakai pelitup muka di kawasan terbuka amat penting untuk mengelak daripada dijangkiti virus berbahaya itu.

Ada yang berpendapat memakai pelitup muka di kawasan terbuka amat penting untuk mengelak daripada dijangkiti virus COVID-19 - Gambar oleh Syeda Imran
Ada yang berpendapat memakai pelitup muka di kawasan terbuka amat penting untuk mengelak daripada dijangkiti virus COVID-19 - Gambar oleh Syeda Imran

“Saya khuatir virus itu masih merebak, terutama di tempat awam. Untuk selamat, lebih baik (untuk kita) memakainya, bukan?

"Ini adalah untuk kebaikan diri saya dan orang lain, walaupun saya tidak tinggal bersama mereka yang berisiko tinggi,” katanya.

Menurut Anis, situasi yang sama berlaku di kampung halamannya di Manjung, Perak, kerana orang ramai lebih gemar memakai pelitup muka di tempat awam dan pada bila-bila masa mereka bertemu.

Seorang kakitangan Petronas bernama Ash berkata, dia akan terus memakai pelitup muka di ruang tertutup kerana bimbang berisiko dijangkiti virus itu.

“Saya akan terus memakai pelitup muka, terutamanya semasa menggunakan kemudahan awam. Walaupun secara kebetulan, saya tidak akan menanggalkan pelitup muka saya,” kata warganegara India yang sudah lapan tahun bekerja di Malaysia itu.

Pada masa sama, Carina yang ditemui di KLCC berkata, dia akan terus mengekalkan pemakaian pelitup muka buat masa ini.

"Saya rasa masih lebih baik untuk terus memakai pelitup muka, tetapi jika kamu tidak mahu memakainya di luar dan menjaga jarak, saya fikir ia bagus (juga)," kata wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Orang ramai ingat mereka harus bertanggungjawab ke atas kesihatan diri mereka dan orang di sekeliling mereka - Gambar oleh Syeda Imran
Orang ramai ingat mereka harus bertanggungjawab ke atas kesihatan diri mereka dan orang di sekeliling mereka - Gambar oleh Syeda Imran

Seorang pencipta kandungan, Awin Zulkifli, percaya memakai pelitup muka adalah pilihan, bagaimanapun orang ramai harus bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka dan orang lain.

"Ia bergantung kepada diri sendiri, jika anda tahu bahawa anda sakit atau mempunyai sebarang gejala, maka anda harus bertanggungjawab untuk memakai pelitup muka," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari Singapura, Syed, percaya pengumuman mengenai kelonggaran peraturan tersebut dilakukan tepat pada masanya kerana memakai pelitup muka boleh menjadi pengalaman "mencemaskan".

“Namun, masih ada pihak yang prihatin dengan COVID-19. Ia adalah lebih selamat untuk memakainya, tetapi ada kalanya, jika kamu rasa kamu tidak perlu memakainya di beberapa tempat, ia tidak mengapa.

“Bagi saya, peraturan santai ini membantu kerana saya sering mengalami sesak nafas setiap kali saya memakai pelitup muka untuk tempoh yang lama,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup, kecuali semasa menggunakan pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan, berkuatkuasa Rabu.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan jumlah semasa kes COVID-19 di negara ini, kadar vaksinasi dan kemasukan ke hospital bagi wabak tersebut. - The Vibes, 9 September 2022

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

Politik 11 jam yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran