Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Bantu Industri Penerbangan Tangani Cabaran - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 1:24PM

Tengku Zafrul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Kerajaan menyedari cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan tempatan, sekali gus mencari kaedah untuk membantu industri tersebut menanganinya, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian terhadap cabaran yang dialami, terutamanya dari segi mengembangkan dan mengekalkan perniagaan serta birokrasi berpanjangan yang mungkin menghalang pelabur asing dan domestik untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Yakinlah bahawa kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini,” katanya ketika berucap pada Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022 di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata industri aeroangkasa dan penerbangan disifatkan sebagai antara pemacu utama untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Sebelum pembukaan semula sektor ekonomi, amat penting bagi Kerajaan Persekutuan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dalam sektor strategik termasuk industri aeroangkasa dan penerbangan,” katanya.

Pada masa depan, Tengku Zafrul berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mendapat sokongan daripada aktiviti sosial dan ekonomi yang teguh, serta permintaan domestik dan asing yang kukuh berikutan peralihan negara ke fasa endemik COVID-19 dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Momentum pertumbuhan ekonomi diunjurkan kekal kukuh pada suku ketiga 2022, dipacu oleh kemajuan yang memberangsangkan dalam pelancongan dan perdagangan luaran, katanya.

Beliau turut yakin bahawa inisiatif yang dilaksanakan seperti penganjuran SAS akan berperanan sebagai jambatan untuk menghubungkan ASEAN dan peserta industri global serta menarik minat mereka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Ini khususnya dalam bidang penerbangan perniagaan, penerbangan am, helikopter, dron dan penerbangan sukan,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan negeri Selangor (melalui Invest Selangor) telah bekerjasama rapat dengan peserta industri aeroangkasa untuk mengenal pasti bidang kerjasama serta peluang untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dalam industri aeroangkasa dan penerbangan negara.

SAS yang dianjurkan selama tiga hari disempurnakan oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Subsidi RM300 Untuk Tiket Penerbangan Mahasiswa IPTA - Loke

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Politik 13 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Semasa 4 jam yang lalu

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup