web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kembali Lepasi 2,000 Kes, 7 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 10:31AM

Angka jangkitan COVID-19 kembali meningkat melepasi 2,000 kes dengan 2,428 kes direkodkan semalam berbanding 2,067 kes kelmarin - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali meningkat melepasi 2,000 kes dengan 2,428 kes direkodkan semalam berbanding 2,067 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,797,437 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,426 kes tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tujuh lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kematian manakala Pahang, Perak dan Sabah, satu kematian di setiap negeri.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,262 setakat ini dengan 7,708 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 27,076 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 94.7 peratus atau 25,650 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 18 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,341 orang atau lima peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 67 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,673 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,734,099 kes. - Getaran, 8 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad