web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarik Balik Kenyataan ‘Tidak Betul’ Dalam Laporan LCS - Peguam Latif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 11:00AM

Abdul Latiff Ahmad ialah mantan Ahli Parlimen UMNO dan timbalan menteri pertahanan dari 2008 hingga 2013 ketika projek LCS dalam fasa awal - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Mersing Datuk Abdul Latiff Ahmad dikatakan mengambil tindakan undang-undang terhadap juruaudit forensik bebas yang menyediakan laporan audit forensik mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS).

Surat tuntutan yang dilihat oleh The Vibes menyaksikan peguam Chetan Jethwani dari Chetan Jethwani & Co, mendakwa bertindak bagi pihak menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu.

Surat itu, yang ditujukan kepada Pengarah Alliance IFA (M) Sdn Bhd Prabhat Kumar, mengancam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap penerima jika beliau "gagal, enggan atau lalai" memberi maklum balas dalam tempoh 48 jam bermula semalam (7 September).

Surat itu merujuk kepada pelbagai catatan oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, yang membuat dakwaan terhadap Latiff berdasarkan laporan audit forensik disediakan syarikat itu.

Antara lain, laporan forensik itu menamakan Zainab Mohd Salleh sebagai isteri kepada Latiff, dan individu yang mempunyai kepentingan dalam projek berbilion ringgit itu.

"Kamu akan sedar bahawa kenyataan kamu adalah tidak benar dan sangat memfitnah klien kami (Latiff), mengheret klien kami ke dalam skandal awam dan odium.

"Kenyataan kamu juga telah menimbulkan banyak isu dalam keluarga dan kawasan pilihan raya klien kami,” kata surat yang dilihat oleh The Vibes itu.

Laporan audit itu disediakan untuk Boustead Heavy Industries Corporation Sdn Bhd (BHIC), yang juga anak syarikat kepada kontraktor utama LCS, Boustead Naval Shipyard Bhd (BNS).

BHIC dan BNS adalah anak syarikat Boustead Group Bhd.

Surat undang-undang itu menuntut beberapa perkara daripada Prabhat, termasuk beliau diminta menarik balik kenyataan "tidak betul"nya mengenai Latiff, dan mengeluarkan permohonan maaf kepada menteri berhubung pendedahan didakwa berunsur fitnah yang dibuat dalam laporan forensik itu.

Ia juga menuntut Prabhat menulis kepada BHIC untuk memperbetulkan dakwaan tidak tepat yang terkandung dalam laporan itu.

"BHIC tidak sepatutnya memberikan laporan yang salah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara," kata Chetan, sambil menambah bahawa salinan surat pembetulan itu kemudiannya perlu diberikan kepada firma guaman tersebut.

The Vibes turut menghubungi Rafizi untuk mendapatkan komen beliau mengenai surat yang dikeluarkan peguam tersebut.

Sebelum ini, Rafizi telah membuat beberapa pendedahan mengenai Latiff dan Zainab yang didakwa sebagai pemegang saham syarikat luar pesisir berpangkalan di Malta, Alizes Marine Ltd, firma yang ‘menyedut’ dana projek LCS ke akaun asing.

Latiff yang juga mantan Ahli Parlimen UMNO dan timbalan menteri pertahanan dari 2008 hingga 2013 ketika projek LCS dalam fasa awal, kemudiannya menafikan tuduhan itu.

Katanya, beliau terbuka untuk disiasat berhubung isu itu.

Latiff juga menjadi subjek dalam banyak laporan polis mengenai kontroversi itu, termasuk yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PKR, Atyrah Hanim Razali, dengan sokongan beberapa tokoh parti lain, iaitu Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Johor Baru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. – The Vibes, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Ibrahim Disambut Lebih 3,000 Rakyat Pada Jamuan Teh Di Mersing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diputuskan Bulan Ini, 3 Kaedah Dipertimbang - Rafizi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran