web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ratifikasi Konvensyen Pelarian Bukan Tutup Operasi UNCHR - MAPIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 7:36AM

MAPIM membantah cadangan MKN untuk menutup operasi pejabat UNHCR di Malaysia dan menyifatkan ia sebagai tidak wajar. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perundangan Islam Malaysia (MAPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mahu menutup operasi pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sebaliknya, pengerusi pertubuhan itu, Mohd Azmi Abdul Hamid, menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada anggota Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 UNCHR.

Menurutnya, UNCHR adalah badan yang menyelaraskan kesemua isu pelarian di seluruh dunia dan berpengalaman luas dalam menangani pelbagai masalah berhubung hak asasi pelarian.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid

“Berdasarkan kenyataan MKN, mereka mahu menguruskan sendiri isu pelarian di negara ini, namun ia akan menimbulkan masalah dalam pengurusan pelarian untuk dihantar ke negara ketiga.

“Perlu diingat bahawa kebanyakan negara tidak lagi menerima pelarian sejak kebelakangan ini. Oleh itu, kami sarankan supaya kerajaan meneliti semula kemudahan jika menyertai Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 UNCHR,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, MAPIM ‘sangat keberatan’ untuk menyokong cadangan tersebut, malah menyifatkan ia adalah tindakan tidak wajar.

“Jika keputusan tersebut diambil, kerajaan harus meneliti segala faktor, terutamanya membabitkan hak asasi pelarian dan keupayaan negara untuk menguruskan golongan berkenaan,” katanya.

MAPIM adalah sebuah pertubuhan yang lantang memperjuang konflik pelarian Rohingya, selain isu membabitkan umat Islam di negara Asia Barat, termasuk Palestin, Syria dan sebagainya.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, pengumuman MKN tersebut adalah sangat mengejutkan memandangkan ia memberi implikasi cukup besar kepada negara.

“Kerajaan seharusnya mengukuhkan kerjasama lebih rapat dengan agensi antarabangsa, seperti UNCHR untuk menguruskan isu pelarian kerana tidak semua daripada mereka mudah dikendalikan.

“Justeru, MAPIM mengharapkan supaya kerajaan mempertimbang perkara tersebut dengan mendalam, selain membuat konsultansi sebelum mengambil keputusan berhubung isu tersebut,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, MKN bercadang menutup operasi pejabat UNCHR di negara ini dan mengambil alih pengurusan isu pelarian.

Beliau berkata, cadangan tersebut timbul susulan badan dunia itu, seolah-olah tidak menghormati pihak berkuasa tempatan dalam mengeluarkan kad agensi terbabit kepada pelarian.

Katanya, keputusan itu tidak adil untuk rakyat Malaysia kerana apabila UNHCR tidak merujuk kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu, ia seolah-olah mereka tidak menghormati negara,” katanya. – Getaran, 8 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi