web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Tambah Syarat Bertanding Pilihan Raya – Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 8:04PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menambah syarat pencalonan wakil yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), terutama bagi calon masih dibicarakan di mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, syarat bagi pencalonan pilihan raya sedia ada mencukupi seperti termaktub dalam Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, bagi memartabatkan demokrasi, tidak perlu menambah syarat baharu bagi menghalang mana-mana individu daripada bertanding, sebagai contoh menggubal undang-undang bagi individu yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah untuk tidak layak bertanding,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya supaya kerajaan mengetatkan syarat kelayakan calon untuk bertanding bagi mana-mana pilihan raya, termasuk melarang individu sedang dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah berbuat demikian.

Jelasnya, berdasarkan Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang individu didapati bersalah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas, mereka akan hilang kelayakan.

Wan Junaidi berkata, peruntukan itu juga perlu dibaca bersama dengan Perkara 48 (5) berkaitan penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen.

“Oleh itu, saya berpandangan tiada keperluan untuk tambah syarat lain bagi mengetatkan syarat pencalonan sedia ada. Sekiranya ditambah lagi, ia akan kembali ke era 90-an yang mana proses pencalonan adalah rumit.

“Adalah wajar kita berpandu kepada undang-undang sedia ada yang sememangnya lengkap dan mencukupi untuk proses pencalonan pilihan raya,” katanya.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, berhubung individu yang dipilih menjadi Ahli Parlimen, keahliannya tidak akan tergugur, melainkan syarat di bawah Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan Ahli Parlimen dihukum dan belum mendapat pengampunan.

“Mengikut Perkara 48 (4) (c) apabila proses terakhir, iaitu proses pengampunan gagal, maka barulah keahlian Ahli Parlimen tersebut tergugur dengan sendirinya,” katanya. – Getaran, 6 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad