web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin UMNO Tepis Dakwaan Porsche Terbabit Nahas, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 6:23PM

Tangkapan layar Porsche 911 GT3 berwarna biru yang terbabit dalam nahas apabila melanggar pokok bersebelahan sebuah jalan besar. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah menepis dakwaan mengatakan beliau memiliki kereta Porsche bernilai RM1.7 juta yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, dan menyifatkan ia sebagai khabar angin.

Bercakap kepada The Vibes, Ketua UMNO Bahagian Subang itu turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa portal dalam talian yang membuat dakwaan berkenaan.

Arman Azha Abu Hanifah - Gambar fail
Arman Azha Abu Hanifah - Gambar fail

"Itu cuma khabar angin. Saya tidak mahu komen. Saya akan serahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Adakah ada bukti berdokumen menunjukkan kereta terbabit milik saya? Dan adakah ada bukti saya individu yang memandu kenderaan berkenaan?

"Semua ini cuma cakap-cakap sahaja (hearsay). Saya boleh saman mereka. Malah, saya akan menghantar legal letters kepada semua portal yang mendakwa saya adalah pemilik Porsche tersebut," katanya ketika dihubungi.

Dalam satu video yang tular di media sosial, sebuah Porsche 911 GT3 berwarna biru terbabit dalam nahas apabila melanggar pokok bersebelahan sebuah jalan besar.

Seorang individu seiras Arman Azha juga dilihat sekilas dalam video terbabit.

Pemimpin UMNO tersebut pada Mei lalu telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang menunjukkan paparan ringkas sebuah kereta dengan model dan warna hampir sama.

Dua portal dalam talian sebelum ini mendakwa kereta mewah terbabit adalah milik Ahli Dewan Negara itu, dan beliau ialah pemandu kenderaan tersebut ketika nahas terbabit berlaku.

Arman Azha, pemegang yang ijazah Sarjana Sains Politik dari Kolej Universiti Geomatika, Kuala Lumpur, sebelum ini dilaporkan menjadi pengarah Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Pada 14 Disember 2021, syarikat itu telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan untuk memulakan percubaan dan penggunaan saringan COVID-19 yang melibatkan ujian molekul RT-PCR di pintu masuk antarabangsa utama negara, termasuk di lapangan terbang.

Firma lain, Dataprep Holdings Bhd, telah mengesahkan pada 24 Disember tahun lepas bahawa ia telah dilantik oleh Asia Coding Centre sebagai rakan kongsi penyampaian projek untuk penyumberan luar penyelesaian bersepadu bagi ujian molekul. – The Vibes, 6 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad