Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hampir RM70 Bilion Harta Pusaka Tak Dituntut, Umat Islam Diseru ‘Celik Faraid’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 6:39PM

Pelbagai kesan negatif akan timbul apabila apabila waris atau masyarakat tidak memahami ilmu faraid terutama dalam menguruskan harta pusaka si mati. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya membabitkan umat Islam, tidak dituntut sejak 65 tahun lalu sehingga hari ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, semua umat Islam diseru untuk lebih celik dan memahami sepenuhnya ilmu faraid, memandangkan ia sangat penting bagi menguruskan pentadbiran harta pusaka. 

Katanya, timbul pelbagai kesan negatif apabila waris atau masyarakat tidak memahami ilmu faraid, termasuk membabitkan isu pertelingkahan antara waris, pembekuan harta pusaka, kematian berlapis, anak angkat dan anak tidak sah taraf.

Ahmad Shahir berkata, MAIS selaku badan berautoriti ke atas hal ehwal Islam khususnya di Selangor akan sentiasa memperkasa strategi mengajak seluruh masyarakat Islam untuk mengutamakan pengurusan harta, selain menjadikan MAIS sebagai tempat rujukan utama berkaitan pengurusan harta.

“MAIS merupakan badan diamanahkan untuk mentadbir harta umat Islam selaras dengan bidang kuasa dan hukum syarak, iaitu sebagaimana diperuntukkan di bawah Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya hari ini.

Jelas beliau, MAIS hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah.

Ahmad Shahir berkata, bagi memberi kemudahan kepada umat Islam dalam menguruskan harta pusaka, MAIS sentiasa memperkasa perkhidmatan, termasuk menyediakan platform digital, seperti SISWA MAIS, K-Faraid MAIS dan e-Faraid MAIS selari dengan perkembangan digitalisasi.

“Menyedari kepentingan pengurusan harta, MAIS mengambil inisiatif menganjurkan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Pusaka Tidak Bertuan’ pada 8 September ini, sempena Ulang Tahun MAIS ke-70 tahun, bagi memupuk kesedaran umat Islam dalam menguruskan harta pusaka ditinggalkan,” katanya.

Beliau memberitahu, program itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM TV1 pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat ke Forum Perdana Hal Ehwal Islam berkenaan.

“Forum (itu) menampilkan tiga ahli panel, iaitu Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Profesor Madya Datuk Dr Farid Ravi Abdullah dan Pengarah Baitulmal MAIS, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid.

“MAIS sentiasa bersedia membantu umat Islam dalam menguruskan harta dengan menyediakan pelbagai saluran untuk dihubungi, iaitu di talian 03-55143773 atau layari laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my,” katanya. – Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Politik 9 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor