web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Terima Suapan Untuk Diri Sendiri - TPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 5:24PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima suapan untuk dirinya sendiri.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Abdul Malik Ayob berkata sumbangan yang diserahkan oleh pegawai Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada Ahmad Zahid adalah secara peribadi dan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk sumbangan politik.

“Walaupun pihak pembelaan berkata wang itu adalah sumbangan politik, ia tidak dibayar kepada parti politiknya. 

“UKSB juga tidak pernah membayar wang itu ke dalam akaun UMNO atau menerima resit daripada pembayaran itu. Tertuduh juga tidak pernah menolak atau menyerahkan wang itu semula apabila wang itu diserahkan kepadanya,” kata Abdul Malik dalam hujahnya di akhir kes pendakwaan. 

Beliau berkata keterangan daripada tiga saksi utama termasuk dua bekas Pengarah UKSB iaitu Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani serta Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, yang merupakan saksi pendakwaan ke-15, ke-16 dan ke-17 adalah konsisten berhubung penyerahan wang itu kepada Ahmad Zahid.

“Harry Lee dan Wan Quoris Shah bersetuju ketika memberi keterangan bahawa tertuduh tidak pernah menyatakan jumlah wang yang akan disumbangkan, hanya tertuduh menyatakan bahawa sumbangan itu mesti dibuat secara tunai dan dalam mata wang dolar Singapura.

“Mereka juga bersetuju penghantaran wang itu dilakukan di Country Heights, Kajang atau Seri Satria, Putrajaya dan penyerahan dilakukan pada waktu malam selepas 10 malam. Mereka juga dapat menggambarkan kediaman peribadi atau rasmi tertuduh yang penghantaran dilakukan di kediaman itu,” katanya.

Sementara itu, TPR Zander Lim Wai Keong berhujah mengenai aduan pihak pembelaan bahawa pihak pendakwaan telah bertindak secara tidak adil, bias dan melakukan pendakwaan terpilih terhadap tertuduh.

“Persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah sama ada hak tertuduh terhadap perbicaraan yang adil telah dilanggar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata Ahmad Zahid telah diwakili oleh pasukan peguam yang kompeten, diberi peluang menyoal balas saksi pendakwaan dan diberi peluang untuk membela diri semasa kes pendakwaan serta diberi masa yang mencukupi untuk memfailkan hujahan bertulis.

“Tertuduh juga diberi hak untuk mengemukakan pembelaan secara lisan pada penutup kes pendakwaan dan tanpa keraguan, kes ini dibicarakan di hadapan Yang Arif yang merupakan seorang yang adil dan saksama,” katanya.

Zander Lim juga berhujah bahawa tidak ada pelanggaran hak beliau di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pertuduhan yang dihadapi tertuduh tidak bersifat diskriminasi, tertuduh diberikan hak prosedur yang sama untuk pelepasan dan pembelaan sama seperti tertuduh lain dalam perbicaraan jenayah tanpa diskriminasi.

“Tertuduh berhak mengemukakan semua pembelaan termasuk memeriksa saksi-saksi pendakwaan,” tambah beliau.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. 

Pendakwaan akan menyambung hujahan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad