web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Annuar Musa Digesa Maklum Perkembangan Terkini Siasatan Insiden Kebocoran Data

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 2:24PM

Lim Guan Eng berkata, sehingga kini tiada laporan progresif mengenai siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDPD) serta CyberSecurity Malaysia (CSM) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa digesa memaklumkan perkembangan terkini siasatan insiden kebocoran data yang dihadapi penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian, iPay88 (M) Sdn Bhd.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini tiada laporan progresif mengenai siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDPD) serta CyberSecurity Malaysia (CSM).

"Memandangkan iPay88 telah pun mengesahkan insiden keselamatan siber sudah berlaku yang mungkin menjejaskan data kad kredit pengguna, Annuar harus menyatakan tindakan diambil beliau atau agensi terlibat setakat ini. 

"Pencerobohan data ini melibatkan soal keselamatan institusi kewangan negara kita dan memerlukan perhatian serius," katanya hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu, Bank Negara Malaysia (BNM) pada 13 Ogos telah memberi jaminan kepada orang ramai bahawa sistem pembayaran negara kekal selamat dan terjamin, walaupun terdapat kebocoran data yang melibatkan sistem iPay88.

Bagaimanapun beliau berkata, ramai pendeposit dan pelanggan bank tidak yakin dan sangat khuatir tentang perlindungan, keselamatan serta integriti simpanan dalam akaun bank mereka.

Tambahan pula ujarnya, tiada siapa tahu apakah 'kelemahan' dalam sistem perbankan yang dimaksudkan oleh BNM. 

"Ini berikutan banyak kes yang dilaporkan oleh orang ramai tentang kehilangan wang secara tiba-tiba dan tanpa pengetahuan dari akaun bank mereka. Pengesahan oleh iPay88 bahawa data kad pelanggan mungkin telah terjejas selepas insiden keselamatan siber itu tidak membantu menjana keyakinan orang ramai.

"Setakat mana data kewangan kritikal pelanggan bank yang berpotensi bocor daripada kebocoran data ini masih tidak diketahui," katanya.

Guan Eng berkata, BNM mengumumkan telah memulakan siasatan forensik terhadap pelanggaran data di iPay88 (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan gerbang pembayaran kepada bank dan peniaga. 

"Sehingga kini, hasil siasatan forensik ini masih tidak didedahkan.

"Sudah tiba masanya Annuar dan Bank Negara untuk bertindak dengan telus dan akauntabiliti dengan menyediakan jawapan bagi memastikan pendigitalan perkhidmatan perbankan tidak terjejas akibat hilangnya keyakinan orang ramai berikutan pencerobohan data," jelasnya. - Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad