web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


195 Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Masih Berada Di Luar Negara - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 5:28PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 195 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan masih berada di luar negara setakat Jumaat lepas (2 Sept), kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. 

Daripada jumlah itu, mangsa paling ramai dilaporkan di Kemboja iaitu 148 orang diikuti Thailand (23 orang), Laos (22 orang) dan Myanmar (dua orang), dengan tindakan susulan termasuk usaha membawa balik sedang dilakukan. 

Saifuddin berkata seramai 65 rakyat Malaysia di Kemboja, masing-masing 10 di Thailand dan Laos serta dua di Myanmar telah berjaya diselamatkan. 

"Kementerian Luar ingin menasihatkan individu atau waris yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara untuk tampil membuat laporan polis bagi tindakan seterusnya. Semua laporan atau dokumen yang diterima akan disalurkan terus kepada Perwakilan Malaysia di negara terlibat. 

"Tindakan susulan akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa negara terlibat, tertakluk kepada prosedur dan undang-undang negara terbabit melibatkan urusan siasatan, intipan, usaha menyelamat, dokumentasi dan sebagainya yang mungkin mengambil masa," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Menurut Saifuddin, pihak berkuasa tempatan negara terlibat, juga sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan untuk mengesan mana-mana rakyat Malaysia yang dimaklumkan berada di negara mereka. 

Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah terpedaya dan sentiasa berwaspada dengan tawaran bekerja di luar negara, serta membuat semakan kesahihan tawaran itu dengan Pejabat Malawakil di negara terlibat atau di Wisma Putra. 

Selain itu, mereka juga dinasihatkan supaya memastikan visa yang betul iaitu visa pekerjaan sebelum memulakan perjalanan, memastikan surat tawaran dan kontrak pekerjaan difahami dan dimeterai secara bertulis serta perjalanan ke negara terlibat menggunakan laluan sah. 

"Mereka yang sering menjadi mangsa penipuan terdiri mereka yang berusia akhir belasan tahun dan awal 20-an yang tertarik dengan tawaran seperti gaji lumayan melebihi US$2,000, elaun tinggi dan dijanjikan pelbagai kemudahan lain termasuk percutian berbayar dan sebagainya," katanya. 

Saifuddin berkata individu atau waris yang menjadi mangsa boleh menghubungi Unit Bantuan Konsular Rakyat Malaysia di Luar Negara di e-mel [email protected] selain semua warganegara di luar negara dinasihatkan berdaftar dengan Perwakilan Malaysia berdekatan atau di https://ekonsular.kln.gov.my/login. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Menurun Setakat Jam 8 Malam

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad