web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaftaran Derma Organ Melalui MySejahtera Mulai 6 September - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 2:16PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 September ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021 iaitu 2.84 pembedahan transplantasi bagi setiap 1 juta populasi menurut Global Observatory on Donation and Transplantation.

“Apabila mereka buat ikrar melalui MySejahtera maklumat itu terus sampai ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Sekiranya berlaku kes kematian mana-mana hospital dan layak derma organ, ia akan keluar dalam sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Khairy berkata bilangan pesakit yang masih menunggu untuk mendapatkan derma organ di Malaysia setakat hari ini adalah seramai 10,442 orang. 

Namun, katanya hanya 2,700 kes transplantasi melibatkan pendermaan organ dijalankan sejak 1975.

“Berdasarkan statistik terkini pendermaan organ dari Pusat Sumber Transplan Nasional pada Julai 2022 menunjukkan terdapat sebanyak 779 penderma organ sebenar selepas kematian sejak 1997 manakala jumlah pengikrar penderma organ selepas kematian adalah seramai 517,758 orang sejak 1997,” katanya.

Mengulas mengenai pemakaian pelitup muka, Khairy berkata beliau akan membuat pengumuman berkenaan ketetapan baharu pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka dan KKM masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai mengenai perkara itu.

Sementara itu, beliau berkata tiga pendekatan perlu dilihat oleh KKM sebelum negara diumumkan beralih ke fasa Endemik termasuk pengisytiharan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, Khairy berkata Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih terpakai di seluruh negara sehingga akhir Disember tahun ini di mana seluruh kawasan Malaysia isytiharkan sebagai kawasan penyakit berjangkit.

Pendekatan ketiga adalah indikator kesihatan yang perlu diperoleh daripada pakar epidemiologi dalam konteks COVID-19 yang masih lagi bermutasi. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar