web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuduhan Pengetua SMK Senaling Tindas Guru Fitnah, Berniat Jahat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 1:19PM

Kain rentang yang mendakwa luahan dan rasa tidak puas hati guru di sekolah itu terhadap pengetua dan Guru Kanan (GK) SMK Senaling.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, Normah Mohd Nor menyangkal dakwaan beliau menindas guru seperti yang tular di media sosial.

Tegasnya, tuduhan yang disebarkan jelas tidak benar, berniat jahat, serta bertujuan menjatuhkan reputasi dirinya dan SMK Senaling.

Atas insiden yang berlaku, Normah telah membuat laporan polis dan berkenaan sedang disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa.

“Saya juga telah melantik peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan fitnah kerana melibatkan maruah saya serta imej sekolah keseluruhannya.

“Pada masa sama, individu dan ‘page’ yang telah menularkannya di pelbagai platform media sosial akan saya ambil tindakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas Normah, semua pihak yang terlibat menyebarkan fitnah itu diberi masa 48 jam untuk bertemunya dan memohon maaf.

Sejak semalam tular gambar sebidang kain rentang yang mendakwa luahan dan rasa tidak puas hati guru di sekolah itu terhadap pengetua dan Guru Kanan (GK).

 

KENYATAAN RASMI BERHUBUNG ISU KAIN RENTANG TULAR 1. Saya mengambil maklum tentang penyebaran kain rentang & hantaran di...

Posted by Normah Mohd Nor on Saturday, September 3, 2022

Antara lain, kain rentang memaparkan permohonan guru agar Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memindahkan kedua-dua guru terbabit pada kadar segera.

Ia bertujuan mengelak guru daripada tertekan dan sakit hati akibat tindakan kedua-dua pihak pentadbir sekolah yang menindas serta mengugut mereka.

Dalam pada itu, sebagai pengetua, Normah berkata, beliau sepenuh hati menggalas amanah apabila ditempatkan di sekolah tersebut yang mengalami kekosongan jawatan berkenaan selama lapan bulan.

Menurut beliau, sebagaimana lazimnya, pihaknya telah membuat penstrukturan semula yang berkemungkinan merupakan permulaan kepada serangan terhadap dirinya dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Zaidi Hamzah.

“Saya terbuka untuk berbincang sebelum ini tetapi tidak akan berkompromi kepada individu yang culas dan sambalewa dalam bekerja, termasuk tidak menunjukkan prestasi baik sepanjang perkhidmatan.

“Saya berpegang kepada piagam pendidikan dan ikrar sebagai seorang pengetua serta guru. Walaupun sebagai seorang pentadbir namun saya jua tetap manusia yang mempunyai timbang rasa.

“Tekanan ini tidak mungkin membuatkan saya berganjak daripada mencari kebenaran dan menyatakan hak saya sekali gus mengembalikan kecemerlangan di SMK Senaling,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan (Adun) Senaling Datuk Adnan Abu Hassan berkata, satu laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Walaupun makluman awal mengatakan majoriti guru tidak bersetuju dengan kenyataan yang ditulis pada kain rentang itu, namun adalah lebih baik untuk menunggu hasil siasatan pihak polis dan PPD,” katanya. - Getaran, 4 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Final Piala FA: Penduduk Kampung Wakaf Dua Siapkan Kain Rentang Sebagai Persiapan

2

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Melaka: Medan Tonjol Populariti Muhyiddin?

3

Politik 4 tahun yang lalu

Perang Saraf PRN Melaka, Kutuk Mengutuk Jadi Mainan

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Kritik Kerajaan, Kain Rentang Di Kuantan Sudah Diturunkan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar