web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Final Piala FA: Penduduk Kampung Wakaf Dua Siapkan Kain Rentang Sebagai Persiapan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 1:48PM

Penduduk Kampung Wakaf Dua bergambar bersama kain rentang yang tertera kata-kata semangat untuk dibawa ke Stadium Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada pasukan Terengganu FC ketika tinjauan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Bahang final Piala FA semakin dirasai di Terengganu apabila penyokong dan pemain sibuk membuat persiapan menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Sokongan turut dizahirkan oleh 50 penduduk Kampung Wakaf Dua, di sini yang menyiapkan 10 kain rentang tertera kata-kata semangat untuk dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Antara kata-kata tersebut ialah ‘Terengganu FC (TFC) Juara’, ‘Dari Wakaf Dua Ke Bukit Jalil’ dan ‘Dari Hulu Ke Muara Terengganu Juara’.

Seorang penyokong setia TFC, Muda Mat Ali, 60, berkata beliau bersama penduduk kampung sudah menempah tiga bas untuk ke stadium itu, Sabtu ini.

“Kalau ikutkan lebih ramai (penduduk kampung) yang mahu ikut kerana sangat teruja apabila Skuad Penyu dapat ke final Piala FA selepas 11 tahun namun faktor tiket yang terhad menyebabkan hanya 120 orang yang dapat pergi.

“Atas semangat kesukanan dan sayangkan pasukan, penduduk kampung mengutip derma sebanyak RM2,000 untuk membuat persiapan kain rentang hari ini,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan hari ini.

Muda yang dikenali sebagai ‘Pok Pin Bola’ dalam kalangan peminat bola sepak negeri ini berkata beliau mengikuti perkembangan bola sepak tempatan sejak 1970-an.

Bermula saat itu, beliau tidak pernah ketinggalan menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium dan mengumpul semua jersi pasukan sejak dahulu hingga sekarang.

“Saya tidak kisah menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk pasukan kesayangan walaupun terpaksa bergolok-bergadai tidak mengapa demi lencana di dada.

“Sebagai peminat, sebelum menutup mata saya harap Terengganu dapat menjulang Piala FA tahun ini demi penyokong yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya.

Menurut Muda, penduduk kampung juga sudah bernazar untuk menyembelih dua ekor lembu sekiranya TFC dapat menjulang Piala FA musim ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

4

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini