web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Zahir Penghargaan Kejayaan Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 8:38PM

Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini pada 31 Ogos lepas yang  disempurnakan dengan rapi dan cemerlang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ucapan tahniah dan penghargaan itu turut ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Al-Sultan Abdullah yang menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan itu bertitah semangat perpaduan, patriotisme dan cintakan negara yang dipamerkan oleh rakyat pada sambutan berkenaan dan sambutan yang telah dianjurkan di seluruh negara adalah sangat membanggakan.

“Seri Paduka juga amat kagum menyaksikan persembahan yang telah ditunjukkan oleh semua kontinjen agensi kerajaan dan murid-murid sekolah yang telah mengambil bahagian di majlis tersebut.

“Semangat kenegaraan dan cintakan negara yang telah dipamerkan oleh mereka, khususnya murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai peringkat persekolahan dan kaum adalah sewajarnya dipuji dan dicontohi,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa sukacita dan setinggi penghargaan kepada rakyat yang telah datang memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar untuk menyertai dan secara berdisiplin menonton sambutan hari yang bersejarah itu, yang dilaporkan melebihi jangkaan 50,000 orang.

Seri Paduka menzahirkan harapan semoga semangat tersebut, yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum di negara memperkukuh lagi keharmonian negara.

“Baginda turut menzahirkan harapan agar ia juga dipamer dan diteruskan dalam memperingati dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September kelak,” kata Ahmad Fadil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar