web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Bocor Dokumen Penghakiman Boleh Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 7:18AM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Penjawat awam yang membocorkan dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPA mempunyai peruntukan dan kuasa disiplin tertentu yang boleh diambil terhadap pegawai terlibat.

“Dalam mahkamah ada peraturan dan perlembagaan. Kalau pegawai (yang membocorkan dokumen) ini bukan daripada pihak hakim, maka ada perundangan di bawah SPA untuk kuasa-kuasa disiplin (diambil).

“Perkara yang tidak patut berlaku telah berlaku. Jangan buat apa-apa yang boleh menjadi masalah kepada sesuatu badan dan dalam kes ini badan kehakiman,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Anak Samurai ke Sarawak di Parlimen Santubong, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu kebocoran dokumen penghakiman keputusan kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai memaklumkan, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan dua individu melibatkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang pegawai undang-undang, bagi menyiasat kebocoran dokumen berkaitan kes Rosmah.

Pada 27 Ogos lepas, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita berkaitan dokumen berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar