web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkhidmatan LRT ‘Buat Hal Lagi’, Penumpang Terkandas Akibat Masalah Teknikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 12:13PM

Menurut Rapid KL, berlaku kelewatan jadual perjalanan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, ekoran masalah teknikal di sebuah tren di laluan tersebut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu membabitkan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) berdepan masalah, termasuk terkandas sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Selepas menerima rungutan akibat kesesakan teruk di beberapa stesen LRT, susulan peningkatan jumlah pengguna untuk ke lokasi sambutan Hari Kemerdekaan 2022 di Dataran Merdeka kelmarin, pagi ini perkhidmatan itu ‘buat hal lagi’.

Menurut Rapid KL, ia disebabkan berlaku kelewatan jadual perjalanan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, ekoran masalah teknikal di sebuah tren di laluan tersebut.

“Ramai penumpang LRT Laluan Kelana Jaya, terkandas akibat mengalami masalah teknikal di Stesen Universiti menghala Putra Heights dan di dalam proses baik pulih. Kami memohon maaf atas kesulitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran lain di media sosial sama, Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan tren perantara sudah diaktifkan di antara stesen Universiti dan stesen Asia Jaya di Platform 1.

Katanya, tren akan bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen.

Menerusi hantaran terkini, pihak syarikat itu berkata, tren yang mengalami isu teknikal sudah dibawa keluar dari perkhidmatan.

“Kami sedang menyelaraskan perkhidmatan pada kekerapan normal sebentar lagi.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran Rapid KL itu mendapati warga maya, termasuk pengguna yang mengalami situasi berkenaan, meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti pengangkutan awam terbabit.

“Terkandas di (stesen) LRT Bangsar sekarang. Rapid KL sila bagi ETA (jangkaan waktu ketibaan) tren berikutnya. Kita boleh buat plan alternatif,” kata Cheryl Yap.

“Sesuka (suka-suka) hati je orang nak pergi kerja,” tulis Prince Ahmad.

“Hmm patutlah tren lambat satu stesen ke satu stesen ambil masa 20 minit,” komen Noor Habibah Sanudin Habibah.

Manakala, seorang pengguna Twitter berkata, situasi itu menyebabkan dia terlewat tiba ke tempat kerja.

“LRT Kelana Jaya mengajar saya untuk bersabar pagi ini. Saya tiba ke tempat kerja 11.12 pagi walaupun waktu saya masuk 10.30 pagi. Ambil masa sejam dari KL Sentral ke Asia Jaya kerana menunggu dari 10 pagi,” ciapnya. – Getaran, 2 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran