Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Hakim Besar Malaya Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan MKI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 7:58PM

Tan Sri Zaharah Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) berkuat kuasa sehingga Jun 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI pada 17 Ogos lalu.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-259 yang diadakan pada 30 Jun lalu berkenan untuk menaik taraf Jawatankuasa Teknikal Undang Syarak dan Sivil, MKI kepada Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, MKI.

“Tan Sri Zaharah Ibrahim diperkenan untuk mempengerusikan jawatankuasa ini berkuat kuasa 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Teknikal Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh MKI sejak 6 Mei 1988 antara lain bertujuan membincangkan penyeragaman undang-undang syariah serta pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah di Malaysia.

“Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti Tan Sri Zaharah dalam bidang kehakiman sebelum ini, JAKIM menaruh keyakinan beliau akan dapat memimpin Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan untuk mencapai matlamat penubuhannya,” katanya.

Pada masa sama, Hakimah berkata, pihaknya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman iaitu mantan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, MKI sejak 7 Jun 1999. - Getaran, 1 September 2022

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Chegu Bard Akan Berdepan 1 Lagi Pertuduhan Di Mahkamah Berkait Isu Forest City

oleh Diyana Nawwar

Semasa 3 jam yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Semasa 15 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat