Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Cenergi Siasat Dakwaan Ciplak Reka Bentuk Ruang Pameran, Kes Selesai Secara Baik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 3:35PM

Rekaan ruang pameran Cenergi (kiri) - Gambar dari Facebook Diana Chew Ee Chiezt

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Cenergi SEA Berhad (Cenergi) memandang serius dakwaan berkaitan isu hak cipta reka bentuk ruang pameran yang dibangkitkan seorang wanita di Facebooknya terhadap syarikat itu pada 30 Ogos lalu.

Jurucakap Cenergi menerusi satu kenyataan memaklumkan, mereka sedang meneliti dakwaan tersebut dan langkah susulan untuk menentukan tindakan terbaik dalam menyelesaikan perkara itu.

“Cenergi SEA Berhad memandang serius perkara ini dan akan mengambil segala tindakan yang diperlukan untuk menyiasat (dakwaan tersebut).

“Perkembangan terbaharu selanjutnya akan dikeluarkan secepat mungkin,” katanya.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook, Diana Chew Ee Chiezt menuduh Cenergi menciplak reka bentuk ruang pameran, hasil rekaan syarikatnya yang kemudiannya digunakan semasa Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022  di sini, baru-baru ini.

Difahamkan Diana adalah pengasas dan pengarah kepada sebuah syarikat pembinaan dan reka bentuk pameran yang ditubuhkan pada 2009, berpangkalan di ibu negara.

Menerusi perkongsian tersebut, Diana mendakwa reka bentuk ruang pameran itu mirip idea dikemukakan syarikatnya semasa proses tender Cenergi untuk ISES pada akhir Julai lalu.

“Sebagai seorang pereka, ia benar-benar mengecewakan saya. Selama bertahun-tahun, kami sentiasa mendapati perbuatan menciplak (rekaan) ini berlaku.

“Namun tiada seorang pun daripada mereka tidak beretika seperti ini. Benar-benar meniru 95 peratus (rekaan ruang pameran),” katanya.

Menurut wanita itu, pada akhir Julai lalu, syarikatnya telah memohon tender perkhidmatan reka bentuk ruang pameran Cenergi untuk ISES.

Diana berkata, pada awalnya Cenergi berminat dengan idea reka bentuk syarikatnya tetapi sebut harga yang terlalu tinggi menyebabkan mereka tidak terpilih.

“Oleh kerana ia projek yang tergesa-gesa dan selepas kertas cadangan pusingan pertama, kami menyedari klien tiada idea tentang bajet serta konsep yang mereka mahukan.

“Jadi kami berkongsi beberapa idea dengan klien untuk memendekkan masa mereka dalam  menyelesaikan masalah itu.

“Disebabkan kekangan masa, kami bekerja semalaman (dan) memberi mereka cadangan dalam masa dua hari supaya mereka mempunyai masa untuk berbincang.

“Selepas pertemuan itu, mereka sangat menyukai reka bentuk kami, jadi pihak perolehan datang untuk rundingan.

“Namun disebabkan sebut harga yang tinggi kami tidak terpilih. Jadi kami fikir mungkin lain masa, tidak mengapa, tidak seperti kami akan sentiasa menang tender,” katanya.

Bagaimanapun Diana berkata, seminggu kemudian, Cenergi didapati mengambil idea reka bentuk mereka dan meminta vendor lain untuk menciplak rekaan tersebut.

“Jadi perbuatan itu mendatangkan kemarahan saya,” katanya.

Diana memaklumkan mereka menyedari perbuatan itu selepas melakukan perbandingan reka bentuk yang jelas 95 peratus sama, bukan sahaja dari segi dimensi tetapi warna dan pemetaan poster.

Justeru katanya, dia menghubungi Cenergi untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

“Jadi saya menghubungi klien (Cenergi) memberitahu apa yang mereka lakukan adalah sangat tidak beretika iaitu mencuri hasil kerja orang lain.

“Dan saya kata akan saman mereka jika mereka meneruskannya. Dia (seorang wanita) berkata saya tidak boleh menyaman mereka.

“Jadi saya memberitahunya dalam kertas cadangan kami dan sebut harga ditulis dengan jelas bahawa semua hak reka bentuk adalah milik kami.

“Menjadi satu amalan yang difahami dalam industri bahawa untuk sebarang tender kerja kreatif, jika anda tidak bekerja dengan vendor yang mencipta reka bentuk, maka anda tiada hak untuk menggunakannya atau idea mereka,” katanya.

Jelas Diana lagi, Cenergi cuba meyakinkannya bahawa mereka tidak melakukan perbuatan tersebut.

“Jika tidak, bagaimana reka bentuknya begitu serupa? Saya memberitahu mereka berdasarkan pengalaman bertahun-tahun saya dalam reka bentuk, kami boleh membuktikan mereka meniru dan reka bentuk mereka dibangunkan selepas rundingan harga.

“Jadi mereka bertanya kepada saya apa yang saya mahukan, saya memberitahu mereka sama ada kamu membayar hak reka bentuk atau kamu boleh menukar reka bentuk itu.

“Dia (seorang wanita) berkata dia akan menyemak dengan pasukan undang-undang mereka dan menghubungi saya kemudian.

“Namun, apabila saya melakukan ‘follow up’ dengan mereka, mereka tidak memberikan maklum balas,” katanya.

Diana memberitahu, dia akhirnya membuat kunjungan ke pameran ISES dan terkejut apabila mendapati syarikat itu meneruskan penggunaan reka bentuk tersebut dengan melakukan sedikit perubahan.

“Rakan saya memberitahu tiada apa boleh saya lakukan, kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang boleh melindungi kerja reka bentuk kreatif.

“Dan kami terlalu kecil, dan ia akan menjadi terlalu menyusahkan dan mahal untuk menyaman syarikat besar,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Diana turut berkongsi reka bentuk dihasilkan syarikatnya dengan rekaan ditiru oleh vendor dilantik Cenergi.

Hantaran itu menjadi tular dan dikongsi lebih 7,000 kali di Facebook.

Semakan di Facebook bagaimanapun hari ini mendapati hantaran tersebut sudah pun dipadamkan.

Diana menerusi satu hantaran terbaharu memaklumkan, perkara itu sudah diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak menerusi satu pertemuan.

“Kami telah bertemu dengan Cenergi dan berbincang serta mencapai penyelesaian secara baik.

“Terima kasih atas semua perkongsian dan sokongan.

“Saya akan memadam hantaran sebelum ini, tolong jangan sebar berita lagi ya,” katanya. - Getaran, 1 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Isu Mas Zhiddin: 'Ketaksuban' Netizen Merisaukan!

2

Muzik 6 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Moratorium Hukuman Cubaan Bunuh Diri Perlu Ada Sebelum Pemansuhan Selesai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Masalah Capaian Internet Dijangka Selesai Menjelang Jun Ini - Fahmi

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis