web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelantan Benarkan Aktiviti Imarah Masjid, Surau, Musolla Sepanjang Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 11:21AM

Masjid Al-Sultan Ismail Petra - Gambar hiasan dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Semua aktiviti mengimarahkan masjid, surau dan musolla di seluruh negeri dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, pelaksanaan solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti masjid, surau atau musolla dengan jarak fizikal satu meter.

“Solat tarawih boleh dilaksanakan sama ada lapan rakaat atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam, tidak termasuk solat Isyak.

“Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat tarawih, manakala tazkirah subuh, asar dan lain-lain adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter,” katanya.

Menurut beliau, turut dibenarkan ialah iktikaf di masjid manakala aktiviti tadarus sekiranya dilakukan, perlu dibuat mengikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal satu meter dan dalam tempoh tidak melebihi satu jam.

“Selain itu, aktiviti Qiamullail juga dibenarkan, kira-kira satu jam sebelum waktu Imsak,” katanya.

Beliau berkata, jamuan berbuka puasa, bersahur dan moreh walaupun tidak dibenarkan, namun masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan menu secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah.

“Bermula Ramadan, kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas dibenarkan mengikuti program yang diadakan di masjid, surau dan musolla.

"MAIK berharap umat Islam memberi kerjasama dalam melaksanakan ketetapan ini termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan sewajarnya akan diambil jika gagal untuk mematuhi SOP,” katanya. – Getaran, 8 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad