web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Masih Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PM' - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 9:32AM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri. 

Mengesahkan perkara tersebut di Facebook, Azalina berkata, beliau masih memegang jawatan tersebut setakat hari ini. 

Pengesahan berkenaan sekali gus menolak dakwaan mengatakan Azalina meletakkan jawatannya itu. 

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022 (hari ini) saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” katanya. 

 

Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi...

Posted by Azalina Othman Said on Tuesday, August 30, 2022

Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa Azalina bukan lagi Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Memetik sumber, Azalina didakwa meletak jawatan itu semalam. 

Terdahulu, tular di Twitter mengatakan Azalina meletakkan jawatan berkenaan, namun laporan sebuah portal menafikan perkara itu dengan memetik sumber terdekat UMNO.

Azalina yang juga mantan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dilantik ke jawatan itu pada 2 Oktober 2021. 

Beliau sebelum ini menerima kecaman susulan pandangannya bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memilih ‘orang mereka’ untuk menyandang portfolio Peguam Negara (AG). 

Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham antaranya, menyifatkan pemimpin itu sebagai tidak layak untuk menasihati Perdana Menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia.

Malah, kata Koo Ham, Azalina perlu meletakkan jawatan serta-merta. - Getaran, 31 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad