Berita Terkini

3 jam yang lalu: Majlis Veteran Kebangsaan (MVK), distruktur semula supaya lebih realistik - Hishammuddin 3 jam yang lalu: Olimpik 2024: Aaron-Wooi Yik tidak terburu-buru sasar emas, fokus layak terlebih dahulu 3 jam yang lalu: Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China 3 jam yang lalu: Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai - SPRM 3 jam yang lalu: Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud

IKUTI KAMI


Penipuan Pembelian, Penjualan Kereta Terpakai, TTPM Terima 1,126 Aduan

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 4:39PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,126 aduan melibatkan pembelian dan penjualan kereta terpakai telah dilaporkan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), setakat bulan ini.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian telah menyiasat 1,034 daripada keseluruhan aduan diterima.

 “Kita sedar bahawa industri tersebut sedang berkembang pesat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

“Justeru itu, kementerian masih memperhalusi dan menerima cadangan mengenai pelaksanaan Undang-Undang Lemon atau Lemon Law, iaitu peruntukan khusus bagi menangani perkara ini, sekali gus membolehkan semua produk berkaitan memenuhi standard kualiti dan prestasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan AutoGen Plus disini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan AutoGen Capital Sdn Bhd, Ray Khor dan Presiden Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, kesemua aduan diterima TTPM itu melibatkan nilai tuntutan RM3.68 juta.

“Jumlah tuntutan tersebut menunjukan bahawa industri berkenaan sememangnya berdepan masalah.

“Jumlah itu ialah apa yang dilapor (kepada kita), mungkin di luar sana masih ramai pengguna tidak membuat laporan walaupun ditipu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan AutoGen Capital Sdn Bhd Ray Khor berkata, AutoGen PLUS ialah program jaminan lanjutan mampu milik untuk membantu pemilik kereta lama dan  terpakai menanggung kos pembaikan enjin serta transmisi yang tinggi akibat kerosakan.

“Selain meringankan beban kewangan pemilik kereta, AutoGen PLUS bertujuan meningkatkan keyakinan terhadap pasaran kereta terpakai untuk pembeli dan pengedar.

“AutoGen PLUS ditaja jamin oleh Berjaya Sompo Insurance. Sebelum mengaktifkan program jaminan lanjutan, semua kereta di bawah program ini wajib menjalani ujian diagnosis dan pemeriksaan singkat oleh pemeriksa yang dilantik,” jelasnya.

Tambah beliau, program ini adalah untuk memastikan kedua-dua pengedar dan pembeli kereta terpakai dilindungi daripada risiko yang berkaitan masalah sedia ada, termasuk pemeriksaan status kereta curi atau jika kereta itu tidak praktikal untuk dibaiki.

“Bermula pada harga berpatutan sebanyak RM298 setahun, AutoGen PLUS menerima pelbagai jenis jenama dan model kereta persendirian terpakai sehingga yang berusia 10 tahun serta bacaan odometer dalam jarak 200,000 kilometer.

“Melalui AutoGen PLUS, pemilik kereta akan dapat mengakses panel merangkumi lebih daripada 200 bengkel yang dipercayai untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan secara berkala. Ini selaras dengan usaha mempromosikan pemilikan kereta yang mampan,” ujarnya. – Getaran, 30 Ogos 2022.

Sorotan

1

Konsert Didi & Friends Bersama MPO Di DFP Janjikan Pengembaraan, Gelak Ketawa

2

Stesen Pengecasan EV Masih Rendah, Kurang Daripada 1,000 - MOSTI

3

Mahkamah Lanjut Penggantungan Sementara Pembangunan Di Hutan Simpan Bukit Cherakah

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Main Peranan Penting Gesa Penghapusan Senjata Nuklear

Politik 11 jam yang lalu

Saya Bukan ‘Poster Boy’ UMNO Terengganu - Ahmad Said

oleh Fitri Nizam

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Ebit Lew: Pengadu Takut Buat Laporan Polis Di Tenom - Saksi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Sediakan Draf MJM Baharu Berhubung Pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan