web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Sedang Pertimbang Untuk Bentangkan Sendiri Bajet 2023’ - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 12:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang mempertimbang untuk beliau membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat Oktober depan, jika Perlembagaan dan perundangan negara membenarkannya.

Ismail Sabri berkata, beliau sedang menunggu nasihat daripada Peguam Negara sama ada perkara tersebut boleh dilakukan atau sebaliknya.

“Belum tahu lagi, setakat ini Menteri Kewangan seperti biasa.

“Perlu lihat dari segi Perlembagaan dan perundangan kalau tak boleh, tak bolehlah, kalau boleh, boleh dipertimbangkan.

“Jadi apa pun tunggu nasihat daripada Peguam Negara boleh ke tak jika saya hendak,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 di sini hari ini.

Terdahulu, The Vibes melaporkan bahawa Ismail Sabri dijangka membuat kejutan dengan membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat dan bukannya Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz selaku Menteri Kewangan.

Perkara tersebut didedahkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menggambarkan bahawa tindakan tersebut adalah indikasi jelas bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah hampir.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau tidak boleh membentangkan Bajet 2023 jika ia bertentangan dengan peraturan atau undang-undang.

“Kalau boleh (bentangkan) ia akan dibincangkan tapi setakat ini masih lagi Menteri Kewangan,” tegasnya. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Pemotongan Bajet Anwar: Langkah Strategik Memacu Reformasi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad