web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi 6 Bulan Maut Disyaki Didera Ibu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 11:33AM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan seorang wanita menyembunyikan punca sebenar kematian bayi lelakinya berusia enam bulan gagal dia selepas ditahan polis malam tadi.

Suspek, seorang wanita warga Indonesia dikatakan membawa bayinya ke Zon Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tunku Azizah (HTA), selepas tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selepas pemeriksaan dijalankan, pegawai perubatan hospital terbabit mendapati terdapat kesan lebam di paha kanan dan atas kening bayi tersebut.

Katanya, pegawai terbabit mengesyaki bahawa terdapat unsur penderaan terhadap bayi itu.

“Susulan laporan daripada pihak hospital, pada jam kira-kira 8.40 malam tadi, sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap suspek di Lobi Utama Tingkat 2 HTA.

“Bagaimanapun, suspek tidak mengaku membunuh bayi itu, namun mendakwa mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi akibat terjatuh dari katil ketika berada dalam jagaannya beberapa hari, sebelum dibawa ke hospital,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek berusia 34 tahun yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan bekerja sebagai pembantu premis di sebuah kedai elektrik di ibu negara.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia bebas sebarang jenis dadah.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang bagi tujuan reman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang menjejaki suami suspek yang juga warganegara Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan lanjut.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad