web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Ditumbuk Bertubi-Tubi Sebelum Wang Disamun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 1:10PM

Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita melalui pengalaman pahit apabila ditumbuk bertubi-tubi di muka sebelum disamun dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Metro Kepong Perdana di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari kelmarin, mangsa berusia 28 tahun dikatakan sedang keluar dari lif di pangsapuri berkenaan, sebelum mukanya ditekup seorang lelaki yang menariknya ke tangga.

Beh Eng Lai - Gambar fail
Beh Eng Lai - Gambar fail

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek kemudian menumbuk muka wanita terbabit bertubi-tubi hingga menyebabkan pendarahan di hidung dan bengkak.

Menurutnya, suspek kemudian menekup muka mangsa sekali lagi sehingga pengsan sebelum melarikan wang milik wanita itu sebanyak RM150.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Pegawai perubatan mengesahkan wanita tersebut mengalami bengkak di muka dan pendarahan dalam kedua-dua mata,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, susulan daripada laporan polis diterima, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di hadapan lif pangsapuri berkenaan pada kira-kira jam 4 petang hari sama.

“Suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan keputusan ujian air kencing juga negatif.

“Suspek kini direman selama lima hari bermula semalam sehingga 1 September ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun, sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya. – Getaran, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar