Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Lulus Kuota 1,200 MW Bagi Sumber Solar, Rancak Peralihan Tenaga - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 11:41AM

Ismail Sabri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan dan pengagihan semula kuota Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1,200 megawatt (MW) bagi sumber solar, sebagai langkah awal merancakkan lagi komitmen negara dalam peralihan tenaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuota baharu itu akan diagihkan untuk pelaksanaan program di bawah mekanisme sedia ada, termasuk New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) dan program pemasangan solar di bumbung bangunan.

Menurut beliau, ini termasuk penerokaan kaedah pelaksanaan program TBB baharu seperti pembangunan taman solar (solar park), pembekalan elektrik untuk tujuan pusat data baharu dan penjanaan hidrogen hijau.

“Selain itu, penyediaan opsyen baharu perolehan bekalan elektrik hijau kepada syarikat korporat melalui konsep Perjanjian Pembelian Tenaga Maya atau Virtual Power Purchase Agreement (VPPA), mulai suku tahun keempat 2022, dengan tawaran kuota 600MW.

“Dengan persetujuan ini, kerajaan menjangkakan 14,000 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan baharu berjumlah RM6 bilion dapat diwujudkan bagi menyokong pembangunan industri TBB negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) kelima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelas beliau, kerajaan juga akan melaksanakan inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu bagi menyediakan bekalan elektrik yang konsisten, mampu bayar dan rendah pelepasan karbon.

“Pengguna elektrik di kedua-dua pulau peranginan itu akan menerima bekalan elektrik selama 24 jam menjelang tahun 2025.

“Ini sekali gus mengurangkan kira- kira 70 peratus pelepasan gas rumah kaca,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan menerusi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) juga akan membangunkan kerangka Renewable Energy Certificate (REC) Kebangsaan yang jelas dengan tadbir urus dan kawal selia lebih baik serta teratur.

Katanya, ia bagi memastikan REC yang dihasilkan di negara ini mempunyai kredibiliti, telus dan nilai tinggi.

“Ini akan meyakinkan syarikat korporat untuk melakukan offset terhadap jejak karbon dari sumber penjanaan bahan api fosil melalui instrumen REC,” katanya.

Beliau berkata, kerangka perundangan kawal selia keselamatan pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) juga akan ditetapkan, agar aspek keselamatan awam dan pengguna terpelihara dan terjamin.

Sehubungan itu, katanya, Garis Panduan Pembangunan Infrastruktur EV di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) akan dikuatkuasakan pada suku tahun keempat 2022, bagi memastikan pembangunan infrastrukturnya dilaksanakan dengan selamat dan teratur mengikut piawaian ditetapkan.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Syarikat MySuri Biz Technologies Sdn Bhd juga akan menyediakan 1,000 unit EV teksi, sebagai menyokong usaha penyahkarbon negara.

“Keterlibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB perlu dipergiatkan bagi menyokong pembangunan industri EV negara,” katanya.

Katanya, beliau yakin jika diwujudkan satu dasar peralihan tenaga yang berdaya maju, Malaysia mampu menarik pelaburan syarikat korporat yang memerlukan bekalan elektrik hijau.

Pada masa sama, beliau menyambut baik laporan awal kajian Malaysia Energy Transition Outlook (METO) tentang senario peralihan tenaga yang boleh dilaksanakan.

“Saya berharap laporan akhir METO yang akan dimuktamadkan nanti, menjadi panduan penetapan hala tuju peralihan tenaga negara sehingga tahun 2050 dan menyumbang secara lebih signifikan terhadap aspirasi negara neutral karbon 2050,” katanya.

Turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba. - Getaran, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Politik 17 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok