web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langkah Jadikan Jalan TAR Mesra Pejalan Kaki Dapat Pujian Ramai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 8:54PM

Orang ramai boleh beriadah bersama keluarga di Jalan TAR pada setiap Ahad. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini sebagai laluan mesra pejalan kaki pada setiap Ahad mendapat pujian ramai.

Pembukaan kawasan tersebut hanya kepada pejalan kaki bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam nanti menyaksikan ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah sambil beriadah bersama seisi keluarga.

Aktiviti 'busker' memeriahkan lagi kawasan sekitar Jalan TAR.
Aktiviti 'busker' memeriahkan lagi kawasan sekitar Jalan TAR.

Lebih meriah, terdapat pelbagai aktiviti dijalankan di sepanjang laluan terbabit bagi memberikan suasana baharu, termasuk persembahan seni seperti 'busker', lukisan potret, hiasan inai serta kiosk dan ruang rehat.

Jurucakap DBKL menerusi hantaran di Facebook memberitahu, turut disediakan adalah ruang untuk kanak-kanak beriadah dan bermain dengan pengawasan petugas.

"Menjadi hasrat DBKL untuk menjadikan Jalan TAR sebagai satu destinasi keluarga yang wajar dikunjungi dengan lebih selesa, santai dan selamat.

"Ayuh, kita kunjungi Jalan TAR bersama keluarga. Lepak-lepak pun boleh," katanya.

Turut disediakan adalah ruang untuk kanak-kanak bermain dengan pengawasan petugas.
Turut disediakan adalah ruang untuk kanak-kanak bermain dengan pengawasan petugas.

Menerusi inisiatif tersebut,  laluan dari persimpangan Jalan Esfahan hingga ke persimpangan Jalan Melayu ditutup kepada semua kenderaan.

Dalam ada itu, majoriti warganet memuji usaha DBKL terbabit sambil memberikan cadangan masing-masing kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Pengguna, Jai Detomaso berkata, inisiatif DBKL itu adalah apa yang diperlukan oleh warga kota dan dia turut mencadangkan agar diadakan persembahan bertemakan Malaysia seperti seni silat dan gasing.

"Wujudkan juga ruang untuk mempromosi makanan dan warisan tempatan untuk menarik pelancong.  Kami Keluarga Malaysia amat perlukan lebih banyak tempat beraktiviti santai seperti ini. Terima kasih," katanya.

Kawasan ini dibuka kepada pejalan kaki bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam, setiap Ahad.
Kawasan ini dibuka kepada pejalan kaki bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam, setiap Ahad.

Royyan Raihan pula mencadangkan agar DBKL memperbanyakkan pondok untuk pengunjung berteduh.

Jalan TAR lebih tenang tanpa kenderaan.
Jalan TAR lebih tenang tanpa kenderaan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, Gunaseelan Palanisamy berkata, adalah satu usaha terbaik oleh DBKL untuk memberi ruang kepada pejalan kaki dan keluarga warga kota bersiar-siar tanpa kenderaan, sejajar dengan hasrat mewujudkan bandar raya tanpa karbon (no carbon city). 

"Dengan keputusan DBKL ini, warga Kota dapat bersiar-siar di persekitaran Jalan TAR tanpa sebarang gangguan, dalam keadaan aman dan tenang. DBKL harus mengadakan dan menambah pelbagai aktiviti hiburan dan muzik serta ruang untuk semua agar setiap golongan dapat menggunakan masa mereka dengan efektif.

"Anggota penguatkuasa harus ditambah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tandas sementara dan tempat rehat sementara untuk kanak-kanak dan warga tua juga seharusnya disediakan, begitu juga tempat perlindungan semasa hujan. Semua ini seharusnya dipertimbang oleh DBKL. Semoga usaha DBKL ini akan terus mendapat sambutan daripada warga Kuala Lumpur," katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan