Berita Terkini

9 jam yang lalu: Seludup dadah, 9 PATI Thailand ditahan di Korea Selatan 9 jam yang lalu: Afghanistan terima bantuan tunai US$40 juta 9 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 9 jam yang lalu: Pemimpin parti politik komited capai sasaran 30 peratus wanita calon PRU-15 11 jam yang lalu: DUN Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan bubar tahun hadapan - Majlis Presiden Pakatan Harapan

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan 2022: Persembahan Memukau Menanti Keluarga Malaysia 31 Ogos Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 7:19AM

Pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia melakukan perbarisa pada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penantian dua tahun Keluarga Malaysia untuk beramai-ramai hadir ke acara sambutan Hari Kebangsaan secara fizikal dan besar-besaran, bakal berakhir apabila acara bagi memperingati tarikh keramat negara itu menggegarkan Dataran Merdeka, Rabu ini.

Ramai pastinya merindui suasana kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan menantikan perarakan pelbagai kontinjen penuh warna-warni, kenderaan berhias, jentera serta aset keselamatan negara, selain persembahan muzikal, sekali gus menyemarakkan semangat kemerdekaan yang dikecapi negara sejak 1957.

Uniknya tahun ini, acara penuh gilang gemilang itu menjanjikan beberapa kejutan dan kelainan dalam persembahan serta pertunjukan, termasuk penglibatan jumlah kontinjen serta aset yang banyak, bersedia untuk memukau kira-kira 50,000 pengunjung yang dijangka hadir memeriahkan suasana sambutan Hari Kebangsaan 2022 ini.

Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin berkata JKKN yang diberi tanggungjawab bagi pengurusan acara itu menjanjikan pengisian yang berbeza berbanding acara tahun sebelum ini yang dilaksanakan di Putrajaya secara sederhana akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata selaras dengan tema sambutan iaitu #KeluargaMalaysia Teguh Bersama, JKKN bersama agensi terlibat akan memastikan pengisian acara pada 31 Ogos ini bukan sahaja dapat menterjemahkan tema itu, malah mempamerkan semangat Keluarga Malaysia.

“Setiap tahun, orang ramai menantikan apa persembahan dan pertunjukan yang dipamerkan… lebih-lebih lagi tahun ini selepas dua tahun tiada sambutan secara besar-besaran, mereka merindui suasana sambutan Hari Kebangsaan dan ini cabaran kita untuk menepati jangkaan serta harapan mereka yang hadir.

“Sambutan kali ini, kita bawa pelbagai pengisian yang berbeza, luar jangka dan unik agar semangat kemerdekaan itu dapat diterjemah dan dirasai rakyat sama ada yang hadir ke Dataran Merdeka mahupun mereka yang menonton di televisyen,” katanya kepada Bernama.

Acara pada 31 Ogos akan dimulakan dengan ketibaan rasmi pembesar negara, sebelum keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riíayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dengan menaiki kereta kuda Diraja.

Ia diikuti dengan lintasan hormat pesawat membawa Jalur Gemilang serta tembakan 14 das meriam yang menjadi antara acara tradisi sambutan Hari Kebangsaan.

Rosnan berkata jumlah kontinjen yang terlibat dalam perarakan kali ini bertambah apabila untuk pertama kali sebanyak 27 kementerian menghantar kontinjen masing-masing selain penglibatan agensi unit beruniform dan pihak swasta yang menjadikan secara keseluruhan membabitkan penglibatan hampir 16,000 peserta.

Perarakan kontinjen bermula dengan pembawa bendera Jalur Gemilang gergasi dan diikuti dengan 1,000 pembawa Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri, seterusnya kontinjen daripada semua kementerian.

Segmen perarakan diteruskan dengan lintasan kontinjen motosikal berkuasa besar, kontinjen Orang Asal, diikuti dengan dua unit bas yang membawa wira dan wirawati sukan negara, selain kereta vintage yang membawa tokoh tempatan dan selebriti serta diringi kumpulan pancaragam.

Lebih menarik, penonton akan disajikan dengan lintasan kereta berhias atau float daripada kontinjen pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti kereta berhias gabungan syarikat telco tempatan serta float yang membawa replika setelit MEASET yang menjadi antara tumpuan utama pada hari berkenaan.

Acara Hari Kebangaan pastinya tidak lengkap tanpa pertunjukan jentera dan aset ketenteraan dan keselamatan, malah ini menjadi segmen kemuncak yang dinantikan-nantikan Keluarga Malaysia Rabu ini.

Menurut Rosnan, jumlah aset dan jentera yang hampir mencecah 200 unit terdiri daripada jentera darat, marin dan udara yang akan dipertontonkan kepada pengunjung kali ini adalah antara yang terbanyak serta dilengkapi dengan kamera khas yang memberikan gambaran dari dalam jentera itu.

“Pada hari berkenaan, pertunjukan udara melibatkan aset TUDM akan memukau penonton dengan mempamerkan skil penerbangan rendah dan banyak lagi kejutan lain,” katanya.

Antara persembahan menarik lain termasuk pertunjukan formasi manusia serta barisan artis jemputan seperti Aina Abdul, Amir Masdi dan Alif Satar.

Orang ramai diminta hadir awal pada 31 Ogos ini di Dataran Merdeka selain membawa Jalur Gemilang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2022 itu. - Bernama

Sorotan

1

Apa Keperluan Adakan PRU-15 Ketika Banjir?, Kepercayaan Terhadap PM Masih Solid

2

Berani Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Dipuji Netizen

3

Kerajaan Tak Bercadang Tawar Ganjaran Kesan Jho Low, Red Notice Sudah Memadai

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

'Wang Itu Hadiah Daripada Suami dan Mentua, Tidak Dikenakan Cukai' - Nooryana

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Kandungan Sumbang: Pelakon Zul Ariffin Didenda RM30,000

Semasa 1 hari yang lalu

Yasin Kemuka Representasi Kaji Pertuduhan Kes Dadah

Semasa 1 hari yang lalu

Zeti Tahu Najib Akan Terima US$100 Juta Daripada Arab Saudi - Saksi