web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Maut Kemalangan LPT1 Dikenal Pasti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 6:30PM

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori kontena melanggar Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda yang berada di lorong kecemasan - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Identiti empat mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) hala Kuantan awal pagi tadi melibatkan empat buah kenderaan, telah dikenal pasti. 

Mereka ialah penumpang kereta Proton Exora Mohmed @ Mohamed Shamsuddin, 75, isterinya Kamariah Hamzah, 72, serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikenali sebagai Danis, serta pemandu trak tunda Mohd Azuan Zainal Abidin, 53. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata kemalangan yang dipercayai berlaku pada 3.10 pagi tadi, juga menyebabkan lapan lagi penumpang Proton Exora itu yang berusia antara dua hingga 30 tahun cedera.

Sementara itu, pemandu kereta Proton Waja yang berusia 36 tahun koma, manakala dua anak perempuannya berusia 11 dan lima tahun cedera ringan dan isterinya, 36, tidak mengalami kecederaan.  

"Pemandu lori (kontena) berusia 56 tahun dan berasal dari Kedah, juga cedera ringan dalam kemalangan tersebut dan kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.  

Mohd Azhar berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori kontena melanggar ketiga-tiga kenderaan terbabit (Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda) yang berada di lorong kecemasan.

"Lori kontena dipercayai merempuh trak tunda yang semasa itu dalam proses menaikkan Proton Exora untuk ditunda," katanya. 

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Mayat mangsa dan semua yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad