web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Kekalkan Tarif Elektrik Untuk Semua Pengguna Bagi Separuh Tahun Kedua 2022 - MOF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 4:13PM

Kerajaan akan membayar jumlah RM5.8 bilion tersebut kepada syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi memastikan TNB tidak terkesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api untuk penjanaan elektrik - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022 pada kadar yang sama dengan separuh tahun pertama 2022.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata berikutan kenaikan mendadak harga bahan api dunia pada tahun ini, kerajaan pada 24 Jun 2022 telah memutuskan perkara tersebut walaupun kos penjanaan elektrik telah meningkat.

Pada awal tahun 2021, harga arang batu adalah sekitar US$80 se tan metrik (RM4.4655=US$1), namun pada pertengahan tahun 2022, ia telah mencecah US$400 se tan metrik. 

“Sehubungan itu, kerajaan akan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi memanfaatkan kesemua ahli Keluarga Malaysia daripada impak kenaikan kos elektrik.

“Kerajaan akan membayar jumlah RM5.8 bilion tersebut kepada syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi memastikan TNB tidak terkesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api untuk penjanaan elektrik selaras dengan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR),” katanya yang turut memaklumkan kenaikan kos penjanaan elektrik juga meningkatkan keperluan modal kerja TNB.

“Sehubungan itu, kerajaan juga akan memberi jaminan pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi TNB menjana bekalan elektrik tidak akan terganggu bagi manfaat Keluarga Malaysia, di samping memangkin kemampanan industri tenaga negara,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad