web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berang Diminta Bayar Hutang, Buruh Tetak Penghantar Barang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 9:45PM

Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh di Taman Dagang, Ampang susulan seorang lelaki cedera selepas ditetak dengan parang, malam semalam. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak berpuas hati apabila diminta menjelaskan hutang, seorang lelaki menetak rakannya menggunakan parang panjang sehingga mengakibatkan mangsa cedera dalam kejadian di Taman Mulia Jaya, Ampang, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang sedang berbual-bual dengan rakannya di depan sebuah kedai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang berusia 41 tahun kemudian melihat suspek berlari ke arahnya sambil memegang parang panjang.

“Ketika cuba melarikan diri, mangsa terjatuh di tengah jalan dan terus ditetak suspek.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek apabila mangsa memintanya menjelaskan hutang yang dibuat,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera di lengan kiri dan kaki kanan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Susulan daripada laporan diterima pihaknya, Mohamad Farouk berkata, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh di Taman Dagang, Ampang untuk membantu siasatan.

“Suspek berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 11 malam semalam, dan polis turut merampas parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Semakan mendapati dia memiliki dua rekod jenayah lampu.

“Suspek kini direman empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – Getaran, 26 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad