Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MTUC Persoal Tindakan Kerajaan Tangguh Laksana Akta Pekerja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 9:02PM

Penangguhkan pelaksanaan Akta Pekerja (Pindaan) 2021 dianggap sebagai mengejutkan oleh MTUC kerana ia dibuat tanpa perbincangan dengan pihak berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Akta Pekerja (Pindaan) 2021, yang sepatutnya dikuatkuasakan empat hari saja lagi.

Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kesatuan itu amat terkejut dengan pengumuman dibuat Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berhubung penangguhan tersebut.

Menurutnya, keputusan itu sama sekali tidak melibatkan pandangan atau perbincangan dengan pihak MTUC.

“Kami menuntut kerajaan mengadakan perbincangan dengan MTUC dan memberikan penjelasan terhadap keputusan ‘last minute’ untuk menangguhkan pelaksanaan akta tersebut dalam tempoh hanya empat hari dari tarikh pelaksanaan.

“Tindakan tersebut amat tidak adil kepada ahli MTUC memandangkan ia sudah pun digazetkan di Dewan Negara selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

Beliau berkata, penangguhan berkenaan seolah-oleh menggambarkan kerajaan tidak menitikberatkan aspek kebajikan golongan pekerja.

“Pindaan yang dilakukan di dalam akta tersebut amatlah baik kerana ia merangkumi pengurangan waktu bekerja dan penambahan cuti bersalin untuk wanita dan lelaki. Jadi, apabila kerajaan mengambil keputusan tersebut ia amat mendukacitakan,” katanya.

Jelas Mohd Effendy, pengurangan waktu bekerja dari 48 jam kepada 45 jam adalah permulaan positif dan ‘berada di landasan betul’ ke arah pematuhan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), yang mensyaratkan tempoh bekerja 40 jam seminggu.

Keputusan kerajaan itu katanya, adil kepada majikan dan pekerja, malah menjadi titik tolak kepada Malaysia untuk terus menambah baik waktu bekerja 40 jam seminggu, seperti diperjuangkan MTUC.

“Ia (keputusan) sudah terbukti di seluruh dunia dan mampu memberikan kesan positif terhadap sektor ekonomi serta kesihatan pekerja.

“MTUC percaya dengan pengurangan tempoh bekerja tersebut, ia memberi lebih banyak masa kepada pekerja untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Luqman Long berkata, penangguhan tersebut adalah satu lagi penindasan ke atas golongan pekerja.

Menurut beliau, golongan yang sepatutnya dijaga dan diperjuangkan telah ditolak tepi oleh kerajaan.

“Jika betul (kerajaan) mahukan yang terbaik buat pekerja, pindaan ini boleh sahaja dikuatkuasakan segera.

“Kerajaan perlu sedar dalam keadaan pemulihan ekonomi ini juga, pekerja perlu cari pelbagai cara untuk dapatkan punca pendapatan lebih. Saya khuatir dengan nasib golongan pekerja yang sering dianaktirikan berbanding nasib majikan. Apa salahnya, laksanakan manfaat itu sekarang,” katanya.

Terdahulu, Saravanan mengumumkan bahawa pelaksanaan Akta Pekerja (Pindaan) 2021 yang dijadualkan bermula 1 September akan ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas berbincang dengan semua pemegang taruh yang mendesak penangguhan itu dilaksanakan, susulan cabaran getir kedudukan ekonomi ketika ini.

“Saya juga telah berbincang dengan beberapa menteri dan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penangguhan ini ke 1 Januari 2023,” katanya. – Getaran, 26 Ogos 2022

Sorotan

1

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

2

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

3

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

4

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

5

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

6

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

7

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Sukan 20 jam yang lalu

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Semasa 2 jam yang lalu

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Politik 2 jam yang lalu

Ada Cubaan Lemahkan Semangat Juang Jentera PH, Guna Surat Layang Sebar Fitnah

oleh Sophia Ahmad