Berita Terkini

2 jam yang lalu: PM wajar dapatkan pandangan jemaah menteri - hamzah 2 jam yang lalu: Mahdzir yakin GPS menang besar pada PRU-15 2 jam yang lalu: Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam masa tiga hari 2 jam yang lalu: Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad

IKUTI KAMI


Arul Kanda Tidak Tahu Mengenai Penglibatan Hakim Nazlan Dalam Pinjaman 1MDB

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 6:15PM

Arul Kanda Kandasamy - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mengetahui tentang penglibatan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam pinjaman RM4.17 bilion kepada dana kekayaan negara itu.

Malah Arul Kanda berkata beliau tidak pernah berjumpa secara langsung dengan Mohd Nazlan, yang merupakan pegawai undang-undang am Kumpulan Maybank ketika itu.

Hakim Mohd Nazlan yang kini hakim Mahkamah Rayuan telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta pada 28 Julai 2020.

Saksi pendakwaan ke-15 itu berkata berhubung pinjaman yang diambil 1MDB daripada Maybank, beliau sering berurusan dengan jurubank lain seperti Michael Oh-Lau.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB membabitkan Najib dan Arul Kanda.

Muhammad Shafee: Adakah mana-mana pegawai ini menyedarkan anda bahawa mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada ketua mereka?

Arul Kanda: Bukan secara langsung... Saya bekas jurubank. Sebelum ini, perbincangan diadakan pada satu peringkat dan dalaman bank, mereka perlu melalui proses kelulusan mereka sendiri.

Muhammad Shafee: Dari segi undang-undang, siapakah pegawai undang-undang am bagi Kumpulan Maybank? 

Arul Kanda: Nazlan. Saya tidak pasti nama penuhnya.

Muhammad Shafee: Adakah Mohd Nazlan Mohd Ghazali?

Arul Kanda: Ya, (tetapi) saya tidak pernah berjumpa beliau sebelum ini.

Muhammad Shafee: Saya cadangkan pinjaman sebesar ini mesti mendapat kelulusan daripada bahagian undang-undang bank?

Arul Kanda: Saya rasa begitu.

Arul Kanda Kandasamy - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Arul Kanda Kandasamy - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata beliau tidak mengetahui mengenai penglibatan Mohd Nazlan dalam proses pinjaman itu.

Sri Ram: Adalah dicadangkan kepada kamu oleh pihak pembelaan bahawa Mohd Nazlan terlibat dalam (pinjaman kepada 1MDB)?

Arul Kanda: Ya.

Sri Ram: Adakah anda mempunyai pengetahuan tentang perkara ini (Mohd Nazlan terlibat dalam pinjaman kepada 1MBD)?

Arul Kanda: Tidak.

Semasa prosiding hari ini, Arul Kanda juga memberitahu mahkamah bahawa bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir telah menyekat maklumat daripada pengetahuan Jabatan Audit Negara (JAN) ketika dana kekayaan negara itu dalam proses diaudit pada 2015.

Arul Kanda seterusnya berkata beliau tidak bertanggungjawab ke atas operasi harian 1MDB, mahupun berhubung terus dengan JAN untuk proses audit kerana tugas itu adalah tanggungjawab Azmi.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun berhubung kes SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 2 September. -  Bernama

Sorotan

1

Indonesia Siasat Tragedi 129 Orang Terkorban Dalam Rusuhan Bola Sepak, Liga Digantung Seminggu

2

‘Air Mata Deras Mengalir Lihat Hammad Hembus Nafas Terakhir’ - Zulkifli

3

Rakyat Kecewa PRU-15 Ketika Banjir: Tanda Pagar #UndiBanjir, #UndiRabu Sohor Di Twitter

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DAP Dakwa UMNO Tak Hormat Agong, Perlembagaan Persekutuan

oleh Farhana Farush

Politik 1 hari yang lalu

Demi Ummah: UMNO Beri Bayangan Kerjasama Dengan PAS Pada PRU-15

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 1 hari yang lalu

261 Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Telah Dibawa Pulang

Sukan 14 jam yang lalu

120 Maut, 180 Cedera Dalam Rusuhan Bola Sepak Indonesia