Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Skandal LCS, Abdul Latiff Perlu Saman BHIC, Alliance IFA - Rafizi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 5:25PM

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Abdul Latiff Ahmad digesa mengambil tindakan saman ke atas Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dan Alliance IFA (M) Sdn Bhd jika benar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu tidak terlibat dengan kontrak projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) atau pertahanan laut negara. 

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, BHIC merupakan pemilik Laporan Forensik LCS manakala Alliance IFA (M) Sdn Bhd adalah juruaudit yang dilantik BHIC untuk menyiasat projek terbabit. 

Rafizi turut mendesak Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing menyaman dirinya kerana mendedahkan isu tersebut.

“Jika Abdul Latiff tidak ada kaitan dengan Zainab Mohd Salleh dan dia atau keluarganya tidak terlibat dengan kontrak projek LCS atau pertahanan laut negara, beliau perlu mengambil tindakan saman dengan serta-merta ke atas BHIC, Alliance IFA (M) Sdn Bhd dan saya.

“Jika ini tidak diambil pada kadar segera, maka saya yakin Dr. Latiff akan mengheret partinya, BERSATU ke kancah kekalahan dalam PRU-15 kerana rakyat akan menghukum parti yang melindungi watak yang terlibat di dalam skandal LCS ini,” katanya hari ini. 

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

 Abdul Latiff hari ini sekali lagi menafikan isterinya bernama Zainab Salleh adalah individu yang dikaitkan dalam siasatan projek LCS. 

“Isteri atau isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Salleh,” tegasnya di Facebook.

Beliau memberitahu, tiada ahli keluarganya terlibat dalam perniagaan membabitkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS itu.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Abdul Latiff berkenaan hanyalah penafian di Facebook.

Mantan Ahli Parlimen Pandan tersebut menjelaskan, Abdul Latiff tidak sedikit pun membidas segala fakta yang telah dikongsi dengan rakyat setakat ini. 

“Fakta tersebut termasuk Laporan Forensik Kapal LCS yang menamakan Zainab Mohd Salleh sebagai isteri beliau. Kedua, Laporan Forensik Kapal LCS menamakan Zainab Mohd Salleh sebagai individu yang mengawal syarikat palsu Alizes Marine yang mendapat kontrak membekalkan alat gantian sebanyak RM210 juta. 

“Ketiga, Laporan Forensik Kapal LCS turut menamakan satu lagi syarikat, Mega P Asia Sdn Bhd sebagai syarikat yang dikawal oleh Zainab Mohd Salleh yang mendapat pelbagai kontrak pertahanan laut. Keempat, syarikat Mega P Asia Sdn Bhd ditubuhkan oleh Abdul Latiff sendiri dan kelima, syarikat Mega P Asia Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Abdul Latiff dan Zainab Mohd Salleh,” katanya.

Apabila Abdul Latiff hanya menafikan di Facebook, tambahnya, itu bermakna beliau menuduh juruaudit yang dilantik BHIC iaitu Alliance IFA (M) Sdn Bhd sebagai menipu. 

“Penafian Facebook Abdul Latiff juga sama seperti menuduh rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menipu sedangkan rekod itu menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan Zainab Mohd Salleh melalui pemilikan bersama Mega P Asia Sdn Bhd,” katanya.

 

Dari Rafizi Ramli 26 Ogos 2022 LATIFF AHMAD PERLU SAMAN AUDITOR, BHIC DAN SAYA Penafian terbaru Datuk Latiff Ahmad,...

Posted by Rafizi Ramli on Thursday, August 25, 2022

Penafian mudah tanpa menunjukkan sebarang fakta atau dokumen ujar Rafizi, adalah taktik biasa menjadi amalan pimpinan UMNO dan bekas UMNO yang kini menyertai BERSATU. 

“Semasa skandal SRC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula-mula didedahkan pun, Datuk Seri Najib Razak menafikan mentah-mentah bahawa wang masuk ke akaun peribadinya. Apabila telah dibuktikan, barulah beliau menyebut wang itu daripada derma hartawan Arab. Setelah disiasat, didapati pula wang itu datang dari tabung pencen rakyat.

“Sebab itu, rakyat tidak lagi boleh mempercayai penafian kosong oleh menteri UMNO dan BERSATU kerana rekod yang telah ada setakat ini,” katanya. - Getaran, 26 Ogos 2022

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 1 hari yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN

Semasa 1 hari yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari