web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abdul Azeez Tidak Sihat, Mahkamah Tangguh Keputusan Rayuan Ke Isnin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 12:47PM

Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan sekali lagi menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke satu tarikh lain, apabila bekas pengerusi Tabung Haji itu tidak sihat.

Panel yang terdiri daripada Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menangguhkan tarikh bagi menyampaikan keputusan mereka ke hari Isnin ini.

Peguam Abdul Azeez, Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana menghidap gastroenteritis akut sejak 2 pagi tadi dan telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.

"Kami telah menangguhkan kes ini berkali-kali, walaupun kami tidak mahu mempertikaikan kesihatannya, tetapi tidak sepatutnya proses mahkamah disalah guna," kata Hakim Kamaludin.

Amer Hamzah berkata ia bukan niat anak guamnya untuk menyalahgunakan proses mahkamah, dan berjanji untuk memberikan salinan sijil sakit Abdul Azeez kepada mahkamah.

Panel itu pada mulanya dijadualkan menyampaikan keputusan berhubung rayuan Abdul Azeez bulan lepas, namun ditangguhkan ke hari ini kerana Amer Hamzah memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa beliau telah membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun hari ini Amer Hamzah memaklumkan hakim bahawa beliau tidak menerima sebarang jawapan mengenainya.

Hakim Kamaludin berkata beliau berharap pihak yang terlibat akan memberi jawapan kepada representasi itu.

“Kalau tolak, perlu beritahu supaya ada jawapan dan perkara itu tidak tergantung,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron kemudian berkata beliau akan memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan.

Hakim Abu Bakar kemudian berkata di pihaknya, mahkamah sudah bersedia untuk menyampaikan keputusan.

Abdul Azeez, 55, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mac tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Dia juga menghadapi 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan rasuah, perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di sini pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala bagi pertuduhan pengubahan wang haram, ia didakwa dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar