web statsweb stats

Berita Terkini

56 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 57 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kamu Putar Belit Kata-Kata Saya Dalam Mahkamah’ - Shafee Hentam Media

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 6:00PM

Muhammad Shafee (tengah) enggan memberi apa-apa maklumat kepada media. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyerang petugas media yang menunggu di lobi kompleks mahkamah di sini hari ini selepas mereka cuba meminta maklumat terkini mengenai anak guamnya Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak akan berkata apa-apa kepada kamu (media).

“Kamu putar belit dan ubah kata-kata kami, ok, walaupun dalam mahkamah,” katanya sebaik tiba di kompleks mahkamah petang ini apabila perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan mantan perdana menteri itu disambung semula.

Apabila diasak tentang bagaimana Najib menyesuaikan kehidupan di penjara, Shafee mengelak daripada menjawab soalan itu.

“Kamu pergi dan cari sendiri,” katanya sebelum pergi ke bilik mahkamah di mana Najib sedang dibicarakan kerana didakwa menyeleweng RM2.3 bilion dana milik 1MDB.

Ini selepas Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi terhadap Najib atas kesemua tujuh pertuduhan dalam kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.

Mantan Presiden UMNO itu mula menjalani hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya pada bila-bila sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Sebelum keputusan itu, Shafee hadir sebentar ke Mahkamah Persekutuan dan membantu peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik dalam permohonan Najib agar Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kes tersebut.

Bagaimanapun, permintaan itu ditolak dan Shafee segera meninggalkan Istana Kehakiman di Putrajaya.

Sebelum permulaan perbicaraan rayuan terakhir, Najib menamatkan perkhidmatan Shafee dan firma guamannya Shafee & Co, dan menggantikan pasukan pembelaannya dengan Hisyam dan firma guaman, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun pada 19 Ogos lalu, Hisyam memaklumkan kepada mahkamah bahawa Najib menggugurkan pasukan pembelaannya daripada firma guaman Zaid. - The Vibes, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Cuba Sekat Siasatan 1MDB Oleh SPRM, Kata Saksi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar