web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LCS: SPRM Digesa Ambil Tindakan Serta-Merta, Jelaskan Punca Kelewatan Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 4:10PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengambil tindakan serta-merta terhadap kes melibatkan Kementerian Pertahanan termasuk projek kapal tempur pesisir (LCS), pertukaran tanah (land swap) dan kapal selam Scorpene.

Dalam satu kenyataan bersama, mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Liew Chin Tong berkata, SPRM perlu memberi penjelasan kepada Parlimen mengenai punca kelewatan dalam siasatan, tangkapan dan pendakwaan kes terbabit.

“Kami juga menggesa Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan dalam perolehan LCS dan mencadangkan hala tuju, penggubalan undang-undang dan tata kelola baharu.

“Ini bagi mengelak pengulangan penyelewengan seperti dalam projek LCS dan kapal ronda generasi baharu (NGPV),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sejak laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai projek LCS dibentangkan pada 4 Ogos lalu, disusuli nyahklasifikasi dua laporan berkaitan, SPRM seharusnya mempunyai maklumat dan bukti mencukupi untuk menjalankan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap individu terlibat.

“Selama ini, SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC. Mereka juga menerima salinan semua laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) semasa ia dibentangkan dan laporan Pengauditan Forensik berkenaan projek LCS. 

“Laporan JKSTUPKK berkenaan projek LCS dan projek NGPV dibentangkan kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 dan dipanjangkan kepada SPRM dengan serta-merta,” katanya.

Jelas mereka, JKSTUPKK juga menyiasat sebanyak 16 kes pertukaran tanah dengan 12 daripadanya didapati bermasalah.

“Dengan persetujuan Jemaah Menteri, Kementerian Pertahanan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menyahklasifikasikan semua laporan pada April 2019 dan juga memanjangkan laporan tersebut kepada SPRM.

“Semasa JKSTUPKK ditubuhkan pada Mei 2018, Kementerian Pertahanan dan jawatankuasa di bawah pimpinan mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dimaklumkan bahawa SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap kes rasuah kapal selam Scorpene, maka jawatankuasa itu tidak perlu menyiasat kes tersebut,” katanya.

Justeru, kedua-dua pemimpin itu menggesa SPRM supaya mengambil tindakan serta- merta dan menjelaskan kepada Parlimen mengenai sebab kelewatan dalam siasatan, tangkapan dan pendakwaan kes tersebut.  - Getaran, 24 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad