web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kereta Bawa Pendatang Asing Terlibat Kemalangan, Pemandu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BESUT - Seorang lelaki tidak sempat menerima habuan membawa 10 pendatang asing tanpa izin, apabila dia ditahan polis selepas kereta Perodua Alza dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Tok Dor dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian pada 7.20 pagi itu, suspek yang ‘menyumbat’ 10 penumpang (semua lelaki) dalam kereta tersebut, dikatakan ditawarkan upah RM1,200 bagi membawa pendatang asing itu dari Chiku di Gua Musang, Kelantan ke Gambang, Pahang.

“Suspek dikatakan terlelap semasa memandu menyebabkan keretanya melanggar belakang sebuah kereta Proton Persona di hadapannya. Kereta yang dilanggar tersebut kemudian hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira dari arah bertentangan.

“Tiga pendatang asing tanpa izin yang cuba melarikan diri dari tempat kemalangan berjaya diberkas oleh orang awam, manakala pemandu dan seorang lagi pendatang asing yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Besut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya empat pendatang asing tanpa izin (termasuk seorang yang cedera) yang gagal melarikan diri berusia 19 hingga 47 tahun ditahan bersama pemandu berusia 34 tahun itu, dan pihaknya masih mengesan enam lagi yang masih lolos.

Abdul Rozak berkata siasatan awal ke atas pemandu kereta itu mendapati pada Isnin lepas dia dihubungi seorang lelaki warganegara Thailand dikenali sebagai ‘Pak Do’ yang menawarkan upah untuk memandu dan membawa pendatang asing tanpa izin menggunakan kereta Perodua  Alza yang disediakan Pak Do.

“Hasil semakan kesalahan lampau pemandu itu mempunyai dua rekod kesalahan dadah, manakala ujian saringan air kencing pula mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis turut merampas empat biji pil berwarna kemerahan dipercayai pil kuda dan enam unit telefon bimbit,” katanya.

Abdul Rozak berkata lelaki itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, manakala pendatang asing tanpa izin ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Menurutnya kes turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad