web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Rayuan Najib Bukti Mahkamah Tak Tunduk Tekanan Politik, Harus Dihormati - BERSIH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 9:00AM

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib Razak menunjukkan institusi terbabit tidak tunduk kepada tekanan politik serta awam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak semalam, menunjukkan institusi terbabit tidak tunduk kepada tekanan politik serta awam, malah bersikap adil dan saksama kepada semua pihak dalam aspek pentadbiran perundangan negara.

Menurut Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), keputusan itu juga memberi mesej jelas dan kukuh bahawa rasuah tidak akan dibiarkan serta tidak ada siapa mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada undang-undang.

Justeru, pihaknya menyeru rakyat Malaysia supaya menghormati keputusan itu dan bersatu bagi membersihkan negara daripada gejala rasuah selamanya.

“BERSIH memuji keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesemua tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan dana dalam kes SRC International Sdn Bhd, dengan merujuk (penghakiman) bahawa pihak pembelaan beliau sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Badan kehakiman adalah institusi penting kepada demokrasi kita, ia mentadbir keadilan dan menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, jawatankuasa itu berkata, pihaknya menyeru agar usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa digandakan bagi menghentikan amalan tidak bermoral terbabit dalam kalangan pemimpin.

“BERSIH mencadangkan pembaharuan perundangan seperti Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik dan Pelan Pencegahan Rasuah Negara atau MyGovernance perlu diperkenalkan segera, bagi memastikan negara tidak terkait lagi dengan kleptokrasi,” katanya.

Dalam penghakimannya, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd membabitkan pemimpin itu yang menyaksikan beliau dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati hujah peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ketika penghakimannya, Tengku Maimun turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukuman terbabit berkuat kuasa hari sama.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

4

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad