Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Demi Seleweng RM23.37 Juta Dana LCS, 3 Syarikat Diwujud Kaburi Mata Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 11:00AM

Laporan Audit Forensik dalaman BHIC ‘membongkar’ kewujudan tiga syarikat didakwa menyeleweng sejumlah RM23.37 juta menerusi projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan Audit Forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) ‘membongkar’ kewujudan tiga syarikat didakwa menyeleweng sejumlah RM23.37 juta menerusi projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).Perkara itu didedahkan menerusi hasil semakan syarikat akauntan penyiasatan dan forensik, Alliance IFA (M) Sdn Bhd (IFA) berdasarkan audit terbabit yang dijalankan syarikat berkenaan.

Tiga syarikat dinamakan itu adalah Setaria Holding Ltd (SHL), Sousmarin Armada Ltd (SAL) dan JSD Corporation Pte Ltd (JSD) yang mempunyai alamat di Singapura.

“Daripada jumlah diseleweng, pegawai audit turut tidak dapat menyemak dokumen sokongan untuk bayaran RM8.6 juta disebabkan pihak BNS (Boustead Naval Shipyard) gagal mengesan mereka.

“Terdapat kaedah pembayaran tidak normal atau mengelirukan, tanda penipuan mahupun pakatan sulit dengan pegawai syarikat. Malah terdapat anomali dalam pembayaran dibuat dan dokumen berkaitan ‘hilang daripada rekod perakaunan’,” menurut laporan tersebut.

Pada masa sama, laporan itu menyebut bahawa invois dikeluarkan atas ‘penilaian teknikal’ bagi projek LCS dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) akan membina enam frigat untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

IFA menegaskan, dua syarikat terbabit kononnya berdaftar di Brussels dan Paris, tetapi semakan mendapati tiada syarikat di bawah nama tersebut di bandar berkenaan.

Kandungan laporan Audit Forensik dalaman BHIC mengenai kewujudan tiga syarikat didakwa menyeleweng sejumlah RM23.37 juta menerusi projek LCS. - Gambar ihsan Laporan Audit Forensik dalaman BHIC
Kandungan laporan Audit Forensik dalaman BHIC mengenai kewujudan tiga syarikat didakwa menyeleweng sejumlah RM23.37 juta menerusi projek LCS. - Gambar ihsan Laporan Audit Forensik dalaman BHIC

“10 pembayaran berjumlah RM13.74 juta dibuat kepada SHL, empat pembayaran (RM8.26 juta) dibuat kepada SAL dan dua pembayaran (RM1.36 juta) dibuat kepada JSD.

“Terdapat sebuah syarikat di Malaysia yang berkongsi nama SAL, Sousmarin Armada Sdn Bhd, namun dibubarkan pada tahun 2012. Pengarah syarikatnya adalah Zainab Mohd Salleh yang terlibat dengan Alizes Marine Ltd dan syarikat luar pesisirnya di Malta serta Labuan,” katanya.

Lebih membimbangkan, hasil penelitian laporan itu mendedahkan walaupun invois dikeluarkan dalam euro, pembayaran dibuat di Singapura ‘yang mana ia bertentangan dengan perkara norma dilakukan mana-mana syarikat’.

“Memandangkan SAL adalah syarikat berdaftar di Malaysia serta mempunyai pejabatnya di Kuala Lumpur, logik di sebalik pembayaran di negara lain menunjukkan penipuan dan pakatan sulit dengan pegawai syarikat. Corak dan modus operandi sama digunakan dalam kes pembayaran tuntutan Marin Alizes.

“Hasil siasatan mengesahkan bahawa SAL dimiliki ‘orang sama’ yang menyamar sebagai Alizes Marine France dengan mempunyai sebuah syarikat bernama Alizes Marine Ltd Labuan untuk mendapatkan dana dialihkan melalui Singapura. Ia adalah Zainab yang juga pemegang saham bagi SAL,” katanya.

Kandungan laporan Audit Forensik dalaman BHIC. - Gambar ihsan Laporan Audit Forensik dalaman BHIC
Kandungan laporan Audit Forensik dalaman BHIC. - Gambar ihsan Laporan Audit Forensik dalaman BHIC

Sementara itu, IFA turut menamakan Azimuth Shipping Corporation dan Prestigo International melakukan penyelewengan dana tersebut, namun penglibatan mereka tidak jelas kerana bahagian tersebut digelapkan.

Laporan itu menjelaskan bahawa bayaran RM1.2 juta dibuat kepada Azimuth terhadap pesanan pembelian yang dialamatkan di Kuala Lumpur, tetapi bayaran terbabit dikeluarkan dalam USD dollar kepada syarikat tersebut di Singapura.

“Anomali sama diperhatikan berkaitan dengan pembayaran dibuat kepada Prestigio International. Pembayaran mengelirukan dan dokumen berkaitan ini tiada dalam rekod perakaunan,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad perlu membuat beberapa penjelasan selepas dokumen laporan Audit Forensik berkaitan LCS yang dinyah klasifikasi malam tadi, mendedahkan wanita dinamakan terbabit dalam skandal projek itu adalah isterinya walaupun beliau menafikan hubungan berkenaan.

Laporan dilakukan BHIC menyebut nama Abdul Latiff yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) beberapa kali, termasuk satu daripadanya menyatakan mengenai hubungan perkahwinan beliau dengan Zainab Mohd Salleh.

“Adalah dimaklumkan bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab,” menurut laporan itu. - Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Majikan, Syarikat Swasta Disaran Lihat Alternatif Lain Bantu Pelajar Latihan Industri

4

Semasa 11 bulan yang lalu

'Datuk Seri' Mohon SPRM Perinci Tuduhan Rasuah RM15 Juta Berhubung Projek Agensi KDN

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

Pendidikan 1 hari yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Denda SR10,000 Menanti Jika Ditangkap Tunaikan Haji Tanpa Permit

oleh Sophia Ahmad