web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKPMP Sahkan Draf Kerja Penghakiman Kes SRC Bocor Tapi Diubahsuai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 8:52PM

Kenderaan yang membawa Najib keluar dari mahkamah menuju ke Penjara Kajang, petang tadi. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dokumen bocor dan tular di media sosial yang didakwa sebagai keputusan kes rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak, sebenarnya draf kerja bagi penghakiman dalam tiga rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd membabitkan mantan Perdana Menteri itu.

Perkara itu disahkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Bagaimanapun jurucakap PKPMP berkata, dokumen yang bocor itu telah diubahsuai.

“Pejabat ini mengesahkan bahawa draf kerja penghakiman yang bocor itu adalah draf kerja yang belum dimuktamadkan.

“Penghakiman muktamad hanya disampaikan di Mahkamah Terbuka lebih kurang jam 4 petang pada tarikh yang sama.

“Didapati bahawa dokumen yang bocor itu telah diubahsuai,” katanya.

Menurut beliau lagi, perbuatan tersebut adalah tindakan sengaja dilakukan untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.

Katanya, penyiasatan dalaman telah pun dimulakan dan laporan polis turut dibuat.

“Pejabat ini menegaskan bahawa badan kehakiman tidak akan diganggu gugat oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa terkejut dan mempersoalkan mengenai penularan dokumen dikatakan sebagai keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib walaupun prosiding masih berjalan.

Beliau berkata, dokumen mula dimuatnaik di sebuah laman sesawang itu, tular menerusi banyak kumpulan Whatsapp dan media sosial.

Justeru, Asyraf Wajdi menggesa pihak mahkamah membuat penafian segera berhubung isu terbabit bagi mengelakkan timbul prasangka negatif, sekali gus mencalar imej institusi kehakiman negara.

“Amat memeranjatkan apabila tular satu dokumen yang dikatakan satu kertas keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes SRC Datuk Seri Najib Razak walaupun prosiding mahkamah masih berjalan.

“Perlu ada penafian segera daripada pihak mahkamah agar tidak timbul prasangka negatif yang boleh mencalar imej institusi kehakiman negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO akan membuat laporan polis berhubung penularan itu.

Petang tadi, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tengku Maimun berkata, sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.

Beliau turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula hari ini. -  Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad