web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Ke Penjara: Keputusan Mahkamah Persekutuan Bukti Rakyat Berkuasa - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 8:18PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, membuktikan bahawa rakyat ‘amat berkuasa’ di negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk memastikan badan kehakiman bebas dan membersihkan negara daripada rasuah.

Menurutnya, keputusan rakyat itu membolehkan kewujudan pendakwaan yang profesional dengan ketegasan dan keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta serta undang-undang.

“Keputusan bukan mengikut telunjuk politik pihak berkuasa yang kita telah mengalami selama puluhan tahun,” katanya dalam video ringkas dimuatnaik di Facebook hari ini.

 

Saya sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terkait mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak. Keputusan ini membuktikan rakyat itu berkuasa dan telah membuat satu keputusan untuk mempastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara daripada rasuah.

Posted by Anwar Ibrahim on Tuesday, August 23, 2022

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, semua pihak termasuk rakyat pasti lega dengan kewibawaan dan keberanian ditunjukkan hakim yang mengendalikan prosiding kes tersebut.

“Jadi sekarang kita ada perasaan lega, tetapi saya nak ucap penghargaan kepada hakim-hakim yang berani dan berwibawa (hanya) tunduk kepada fakta dan hukum, bukannya tunduk kepada kuasa politik,” katanya.

Beliau pada masa sama turut mengingatkan bahawa rakyat kini sudah bijak menentukan masa depan terbaik untuk mereka, malah mampu mengubah iklim politik di negara ini.

“Ingatlah rakyat apabila memutuskan dengan bijak, anak muda bila menentukan masa depan mereka, maka suasana dan iklim politik boleh berubah,” tegasnya.

Terdahulu, panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati hujah peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tengku Maimun turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukumannya berkuat kuasa hari ini.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar