web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keprihatinan Pengguna Jalan Raya Bantu Selamatkan Mangsa Ragut, Tahan Suspek

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 6:33PM

Dua lelaki ditahan polis selepas meragut seorang wanita di Lorong Kuda Persiaran KLCC, Jalan Ampang, kelmarin. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas pengguna jalan raya membantu seorang wanita yang sedang bergelut dengan peragut bukan saja menyelamatkan barangan mangsa, malah dapat menahan dua suspek dalam kejadian di Lorong Kuda Persiaran KLCC, Jalan Ampang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek masing-masing lelaki rakyat tempatan dan rakan warga asingnya ditahan pengguna jalan raya yang kebetulan berada di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun itu kini direman selama lima hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

Menurutnya, ketika tangkapan, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar dan rangkai kunci kenderaan itu daripada kedua-dua suspek.

“Bahagian siasatan jenayah IPD Dang Wangi membuka satu kertas siasatan berhubung kes tersebut sebaik menerima laporan polis pada Ahad lalu, jam 9.38 malam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan rompakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 5 saat memaparkan gelagat dua suspek menaiki motosikal berlegar-legar, sebelum seorang daripada mereka dipercayai menerpa mangsa yang sedang berjalan kaki.

Bagaimanapun, mangsa cuba menyelamatkan barangannya daripada dilarikan lelaki itu sehingga berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka, sebelum sebuah motosikal, iaitu penghantar makanan tiba dengan merempuh motosikal dinaiki suspek.

Turut kelihatan pengguna jalan raya lain berlari bagi membantu mangsa, sekali gus menahan suspek yang kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad