web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Ke Penjara: Kemenangan Buat Rakyat, 'Amaran' Kepada Pemimpin Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 6:20PM

Antara penyokong Najib yang berada di Mahkamah Persekutuan hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, dianggap ‘amaran’ kepada pemimpin politik supaya tidak sesekali menyalahguna kuasa demi kesenangan peribadi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu juga adalah peringatan kepada golongan pemimpin terbabit yang diberi kuasa dan mandat oleh rakyat.

“Orang paling berkuasa sekali pun, yakni, Perdana Menteri, boleh dijatuhkan oleh rakyat dan menghadapi penghakiman mahkamah,” katanya.

Anthony Loke - Gambar fail
Anthony Loke - Gambar fail

Anthony berkata, penghakiman itu juga disifatkannya sebagai kemenangan kepada sistem demokrasi negara dan rakyat Malaysia.

“Hari ini merupakan hari kemenangan untuk rakyat Malaysia yang berani membuat perubahan pada 9 Mei 2018. 

“Satu permulaan baharu untuk Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap mantan Perdana Menteri itu dalam kes penyelewengan dana terbabit.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

Tengku Maimun berkata, sabitan itu tidak keterlaluan.

“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara),” katanya yang memerintahkan prosiding tamat.

Beliau turut memerintahkan Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun berkuat kuasa hari ini.

Firas Nasiruddin - Gambar dari Facebook
Firas Nasiruddin - Gambar dari Facebook

Dalam pada itu, Exco Akademi Muda Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Firas Nasiruddin merakamkan penghargaan kepada panel lima hakim dipengerusikan Tengku Maimun yang membuat keputusan terbabit selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Setelah empat tahun bicara, Alhamdulillah akhirnya kebenaran muncul jua. Selamat beristirehat di dalam penjara Najib Razak. Moga Allah ampunkan dosa kamu. Saya sangat gembira.

“Terima kasih kepada Tengku Maimun, anda wanita hebat! Institusi kehakiman mestilah bebas daripada campur tangan politik. Hari ini Mahkamah Persekutuan membuktikan prinsip ‘no one is above the law’ masih wujud,” katanya.

Dr Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail
Dr Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berduka dengan keputusan mahkamah yang mengekalkan agar Najib dipenjarakan.

Walaupun Najib dijatuhkan hukuman, beliau berkata, pemimpin itu perlu dihormati kerana pernah berjasa dalam membangunkan negara.

“Sangat sedih dengan keadaan ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada diri dan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Apa pun dikata, dia pernah berjasa,” katanya.

Nooryana Najwa Najib (kanan).
Nooryana Najwa Najib (kanan).

Manakala, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa turut bersedih dengan keputusan diumumkan mahkamah, namun menegaskan legasi ‘bossku’ tidak terhenti setakat ini sahaja.

Katanya, seluruh keluarga sangat berbangga dengan kekuatan Najib dalam menghadapi kes tersebut dan sentiasa berjuang bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan kembali.

“Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati dalam tujuan sehingga kita menentangnya selama empat tahun ini.

“Namun anda tidak mendapat hari keadilan hari ini, kami juga tidak berpeluang bertempur. Saya berjanji bahawa mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan penyokong anda tidak akan berehat sehingga anda selamat kembali bersama serta keadilan ditegakkan.

“Kami sangat berbangga dengan kekuatan anda. Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan anda dengan saya setiap hari, ‘mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran anda’. Tetap kuat, Allah bersamamu ayahku,” katanya. - Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 3 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar