web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Najib Supaya Tengku Maimun Tarik Diri Dengar Rayuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 3:50PM

Najib Razak - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan terakhir berhubung sabitan mantan Perdana Menteri itu dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Ketika membacakan penghakiman itu, Tengku Maimun berkata, afidavit Najib masih belum mampu menunjukkan terdapat bahaya bahawa ia boleh menyebabkan berat sebelah.

Terdahulu, peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memfailkan permohonan agar Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir itu.

Permohonan yang difailkan lewat malam tadi dilakukan atas alasan Najib bimbang hantaran dibuat di laman Facebook suami Tengku Maimun, Datuk Zamani Ibrahim pada 2018 akan mempengaruhi pemikiran beliau.

Afidavit Ahli Parlimen Pekan itu juga menyatakan kebimbangannya bahawa Tengku Maimun tidak membantah permohonan penangguhan ahli Majlis Peguam Malaysia untuk menghadiri perhimpunan Walk for Justice pada 19 Jun lalu. - The Vibes, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad