web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Nafi Terdapat Desakan Campur Tangan Kes Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 3:59PM

Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra bersama peserta selepas Majlis Penutup Konsultasi Bajet 2023 di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

"Tiada...tiada," katanya ketika ditanya laporan sebuah media yang mengatakan ada perjumpaan khas melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO semalam, yang gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang ditemui media selepas berucap pada majlis penutupan Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini turut ditanya mengenai ‘perjumpaan’ di Seri Perdana.

Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata dalam perjumpaan itu, beliau diberikan taklimat mengenai status gerak kerja parti seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi kenyataan di Perak.

"Timbalan Presiden sebut mengenai mesyuarat UMNO bahagian, persediaan parti ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mengukuhkan parti," katanya.

Mengenai laporan desakan ketua-ketua bahagian UMNO meminta PRU-15 diadakan segera, Ismail Sabri berkata beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak hadir pada pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur semalam.

Laporan media memetik Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai berkata majoriti ketua bahagian UMNO bersetuju supaya PRU-15 diadakan secepat mungkin. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad