web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin UMNO 'Kunci Mulut' Selepas Pertemuan Tertutup Di Seri Perdana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 1:25PM

Najib Razak - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertemuan tertutup membabitkan pemimpin tertinggi UMNO di Putrajaya semalam, berakhir tanpa sebarang penjelasan sama ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan tunduk kepada desakan untuk mengadakan pilihan raya segera dan mahu campur tangan dalam rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan SRC International.

Beberapa sumber memberitahu The Vibes bahawa lima pemimpin tertinggi parti itu meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada kira-kira jam 10 malam tanpa memberi kenyataan kepada pengamal media yang berada di situ semasa rundingan pertemuan berkenaan berlangsung.

Pertemuan selama dua jam bermula kira-kira 8 malam itu diselubungi ‘rahsia’ dengan semua pihak ‘mengunci mulut’.

“Perdana Menteri dan pemimpin lain keluar dari kompleks (Seri Perdana) dari pintu pagar Blok Protokol Seri Perdana untuk mengelak pihak media,” menurut sumber itu.

Laporan awal turut mengatakan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir semasa pertemuan itu.

Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak hadir pada pertemuan berkenaan. - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak hadir pada pertemuan berkenaan. - Gambar fail

Sebaliknya, Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan dikatakan menghadiri rundingan pertemuan berkenaan bagi menggantikan Ahmad Zahid, selain Najib dan dua lagi pemimpin tertinggi, namun ia tidak dapat disahkan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kepada The Vibes bahawa beliau tidak hadir ke Seri Perdana, sebaliknya sedang berada di perhimpunan jentera Barisan Nasional (BN) di Perak ketika pertemuan itu berlangsung.

Seorang pemimpin kanan UMNO memberitahu The Vibes, Ismail Sabri mungkin mahu mengadakan pilihan raya awal bagi meredakan isu terbabit dan mengukuhkan kedudukannya.

“Ini adalah saat Perdana Menteri untuk mengambil tindakan atau membuat keputusan dan pastinya beliau tidak akan campur tangan dalam proses kehakiman. Kenapa perlu beliau berbuat demikian (campur tangan)? Kedua-dua kes rasuah Najib dan Ahmad Zahid mengukuhkan kedudukannya dalam politik.

“Malah, mungkin beliau boleh menjadi pemimpin yang mereformasi UMNO sebagai parti dicemari rasuah,” kata sumber itu sambil menambah Ismail Sabri berpeluang untuk ‘menghidupkan semula’ UMNO dengan memenangi pilihan raya umum.

Pertemuan di kediaman rasmi Perdana Menteri itu diadakan selepas Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat bersama puluhan pemimpin UMNO bahagian, bagi menekan Ismail Sabri supaya campur tangan dalam rayuan akhir Najib berhubung sabitan kes SRC International dan mengadakan pilihan raya.

Pada mesyuarat pagi semalam itu, seramai 73 ketua UMNO bahagian meminta Ismail Sabri membuat permohonan kepada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat untuk membenarkan pelanjutan tiga bulan ke atas keputusan berkenaan, bagi membolehkan Najib mendapat peguam baharu selepas penarikan diri peguamnya sebelum ini.

 Hisyam Teh Poh Teik
Hisyam Teh Poh Teik

Tuntutan itu dilakukan tatkala percubaan dibuat pasukan pembelaan Najib yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik untuk memberikan lanjutan kepada perbicaraan di Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan mereka menyedia dan menghujahkan kes mereka selengkapnya.

Selepas gagal dalam percubaannya, Hisyam juga memohon berundur daripada mengendalikan kes itu yang ditolak Tengku Maimum.

Najib sebelum ini menggugurkan peguam belanya dari firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, menyaksikannya mengetepikan Low Wei Loke dan Kee Wei Lon sebagai peguam bela tunggalnya.

Selain tuntutan lanjutan perbicaraan, pemimpin bahagian UMNO berkenaan dikatakan meminta Ismail Sabri mendesak Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun supaya meneruskan siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas dakwaan salah guna kuasa dan berat sebelah.

Mereka mendakwa Nazlan yang menjatuhkan penghakiman didakwa mungkin berunsur prejudis itu, pernah bekerja untuk Maybank sebelum ini memandangkan institusi kewangan berkenaan menjadi perkara penting dalam perbicaraan SRC Najib kerana akaun terbabit dikatakan menerima dana didakwa dicuri.

Ismail Sabri dilaporkan bertegas untuk tidak campur tangan dalam proses kehakiman dengan sentiasa menekankan doktrin pengasingan kuasa. – The Vibes, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad