web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kalau Saya Perasuah, Pasti Sumbangan Wang Dibuat Atas Nama Saya' - Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 7:58PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi hari ini sekiranya beliau seorang perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas nama beliau sendiri dan bukan ditandakan sebagai ‘sumbangan politik’.

Katanya beliau menerima wang RM2 juta dalam tiga cek daripada pengarah syarikat Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB), Azlan Shah Jaffril yang ditandakan oleh Azlan Shah sebagai ‘amal jariah’ dan ‘sumbangan politik untuk Timbalan Perdana Menteri’.

“Wang RM2 juta ini tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya, tetapi untuk Yayasan Akalbudi (YAB) yang akaunnya dipegang oleh firma guaman Tetuan Lewis & Co.

“Orang yang ikhlas seperti saya ini dituduh, manakala orang yang ‘songlap’ duit tidak dituduh. Saya rasa ini sesuatu yang tidak patut berlaku kepada saya,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau berkata keterangan Azlan Shah selaku saksi pendakwaan ke-18 juga menyatakan bahawa wang RM2 juta itu adalah sumbangan politik dan kebajikan, dan ia harus diterima mahkamah kerana ia adalah keterangan bersumpah oleh saksi.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB. 

Abdul Malik kemudian beberapa kali bertanyakan soalan kepada Ahmad Zahid mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membuat keputusan bagi memberi kelulusan kepada PRSB untuk mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dilihat seperti ingin mengelak daripada menjawab soalan itu dan merujuk kepada satu minit mesyuarat yang menyatakan kelulusan kepada PRSB hanya dibuat setelah mengambil kira syor-syor yang dibuat ketika mesyuarat KDN sebelum ini. 

Abdul Malik: Sekarang ini saya masih tidak dapat kenal pasti siapa sebenarnya yang membuat keputusan untuk luluskan PRSB. Bila saya teliti keterangan, Datuk Seri katakan arahan diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak) tetapi Datuk Seri kata keputusan itu dibuat oleh orang-orang lain iaitu Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Ahmad Zahid: Yang Arif, saya berharap Tuan Timbalan Pendakwa Raya ini tidak akan jadi menteri pada satu hari dan saya doakan beliau tahu peraturan, iaitu di mana-mana kementerian sekali pun mesti ikut prosedur sama (prosedur untuk meluluskan sesebuah syarikat).

Abdul Malik: Datuk Seri, saya tidak teringin hendak jadi ahli politik.

Ahmad Zahid: Bagus, memang tidak layak.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan Ahmad Zahid untuk menjawab soalan yang dikemukakan Abdul Malik, sebelum mahkamah berhenti rehat.

Ahmad Zahid turut diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Bagi pertuduhan ke-16, 17 dan 18 yang dihadapinya, Ahmad Zahid, 69, didakwa secara rasuah menerima tiga suapan berjumlah RM2 juta dalam bentuk tiga cek bernilai RM300,000, RM1 juta dan RM700,000 milik PRSB melalui akaun Tetian Lewis & Co, sebagai upah kepadanya selaku Menteri Dalam Negeri dalam melantik PRSB sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini