Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penafian Abdul Latif Mengenai Zainab: 'Saya Akan Dedah Maklumat Tambahan Esok' - Rafizi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 6:48PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad sebelum ini bahawa individu bernama Zainab Mohd Salleh yang didakwa terbabit dalam skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) bukan isterinya, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bertegas perkara itu benar dan beliau akan mendedahkan maklumat tambahannya esok.

Rafizi berkata, laporan siasatan dalaman projek LCS menyebut bahawa Zainab adalah isteri Abdul Latiff.

Justeru, katanya, beliau akan menunjukkan hubungan antara pemimpin itu, Zainab dan syarikat terbabit esok.

‘Kawan-kawan jangan gelabah, yang gelabah ni orang yang sakau duit je.

“PS (catatan tambahan): Zainab Salleh bukan CFO (Ketua Pegawai Kewangan) Dialog,” ciap mantan Ahli Parlimen Pandan itu di Twitter.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan mendakwa Syarikat Alizes Marine Limited digunakan untuk memindahkan wang daripada projek LCS ke akaun di luar negara, dimiliki ahli keluarga Abdul Latiff.

Beliau berkata, ia dibuktikan selepas semakan daripada pangkalan data ‘Paradise Papers’ mengesahkan kewujudan syarikat terbabit dimiliki Zainab Mohd Salleh yang juga isteri kedua kepada Abdul Latiff.

Namun, Abdul Latiff tampil menafikan wanita disebut Rafizi itu adalah isterinya.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana dinyatakan dalam berita tersebut.

“Sebagai anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” kata Ahli Parlimen Mersing itu menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi menerusi Facebook menyifatkan penafian Abdul Latiff sangat lemah.

Katanya, walaupun beliau memperincikan nama syarikat, jumlah terlibat dan hubung kaitnya dengan pemimpin itu, termasuk menyertakan perenggan khusus dalam laporan siasatan dalaman yang menyatakan Zainab adalah isterinya, Abdul Latiff hanya menafikan wanita berkenaan bukan isterinya dengan merujuk kepada laporan berita tular.

Kebetulan maklumat tular sebelum itu, katanya, adalah kesilapan seorang netizen apabila menuduh CFO Dialog Berhad sebagai ‘Zainab Mohd Salleh’ yang terlibat dengan skandal berkenaan.

“Zainab Mohd Salleh (LCS) adalah individu berlainan. Bila Abdul Latiff hanya merujuk kepada ‘berita yang tular’, ada macam-macam kemungkinan maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog (kita semua pun tahu).

“Esok, saya akan tunjukkan dokumen khusus mengaitkan Dr Latiff dengan seorang individu bernama Zainab Mohd Salleh yang menjadi pemilik Alizes Marine. Insya Allah akan lebih jelas kenapa laporan siasatan dalaman menamakan Dr Latiff Ahmad sebagai ‘spouse’ (atau suami) kepada Zainab Mohd Salleh ini,” katanya.

 

SIAPA ZAINAB MOHD SALLEH? Penafian Datuk Dr Latiff Ahmad hari ini sangat lemah. Saya perincikan nama syarikat, jumlah...

Posted by Rafizi Ramli on Monday, August 22, 2022

Menerusi laman sosial itu, beliau meminta netizen jangan ‘cepat gelabah’ apabila ada warganet berkenaan terus membuat kenyataan serkap jarang.

“Kamu ingat nak jejaki jerung dan siasat mereka sebagai rakyat biasa tanpa kuasa, sama macam Najib buat muka sedih minta simpati ke?

“Namun saya sudah berkali-kali dibuktikan benar. Rekod pendedahan saya mengenai skandal besar negara, bermula NFC, Tabung Haji, MARA, LTAT, Felda, SRC dan 1MDB, semuanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah kepada mereka yang terlibat,” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN

Semasa 6 jam yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Sukan 13 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu