web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Syed Saddiq Cabar Kredibiliti Saksi Utama Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 2:19PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak pembelaan bagi mencabar kredibiliti seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Pembelaan memohon untuk mencabar kredibiliti bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rafiq Hakim Razali berhubung dakwaan terdapat perbezaan dalam keterangan lisan saksi pendakwaan ke-13 itu di mahkamah dan rakaman percakapan yang direkod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid ketika membuat keputusan itu berkata tiada keperluan untuk mencabar kredibiliti saksi berkenaan.

"Selepas meneliti keterangan lisan dan rakaman percakapan saksi itu, mahkamah mendapati terdapat perbezaan kecil yang tidak terjumlah kepada percanggahan yang material atau serius. Oleh itu, permohonan pembelaan untuk mencabar kredibiliti saksi ditolak," katanya.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq kemudiannya memohon supaya salinan percakapan yang dirakam SPRM itu diserahkan kepada pihak pembelaan dan mahkamah menetapkan petang ini untuk mendengarnya. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Pada 25 Julai lepas, Azhar mengarahkan pihak pendakwaan supaya menyerahkan salinan rakaman percakapan Rafiq Hakim kepada mahkamah untuk penelitian bagi mengesahkan perbezaan yang terdapat dalam keterangan lisan dan rakaman percakapan berkenaan, sebelum permohonan untuk mencabar kredibiliti saksi diputuskan.

Percanggahan itu merujuk kepada masa dan tempat arahan yang didakwa diberikan oleh Syed Saddiq kepada Rafiq Hakim dan Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi untuk mengeluarkan RM1 juta dan tujuan acara kutipan dana di Muar.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar